5 Sebab kenapa mesti tonton drama Netflix The Silent Sea

May be an image of 8 people and people standing

Drama The Silent Sea yang diciptakan khas untuk tayangan di Netflix, sudah semestinya ditunggu-tunggu penggemar Kdrama selepas kejayaan Squid Game dan Hellbound sebelum ini. Mari kita lihat apa yang menarik tentang drama terbaru ini.

1. Misteri di sebalik apa yang berlaku

“The Silent Sea” ialah adaptasi daripada filem pendek 2014 The Sea of Tranquility berdurasi 37 minit oleh Choi Hang-yong. Drama ini berlatarkan era pasca apokaliptik iaitu Bumi pada tahun 2075, yang telah terbiar dan dikeringkan sumber semula jadinya. Pasukan khas ditugaskan dengan misi rahsia di stesen penyelidikan terbiar selama lima tahun di bulan (“Pusat Penyelidikan Balhae”), yang dirujuk sebagai “The Silent Sea.”

Penonton pastinya tertanya-tanya apa yang berlaku di sana sehinggakan sekumpulan angkasawan ditugaskan untuk memacu misi tersebut.

2. Barisan pelakon yang mantap

Gong Yoo dan Bae Doona, dua pelakon yang berkarisma seolah-olah keterlibatan mereka sendiri sudah cukup sempurna untuk drama ini. Gong Yoo, selaku pemenang Best Actor CARI Kdrama Award atas lakonan romantik syahdu di dalam tvN Goblin serta agak dikenali dengan filem box-office Train to Busan manakala Bae Doona pula amat dikenali di atas lakonannya di dalam tvN Stranger dan Netflix Kingdom sebelum ini, masing-masing bakal melakonkan watak sebagai pakar astrobiologi Song Jian yang perlu menggali rahsia di sebalik Pusat Penyelidikan Balhae dan kapten Han Yujae yang berazam untuk memastikan misi mereka ke bulan dan kembali semula ke bumi berjaya tanpa sebarang nahas.

Turut membantu ialah Lee Joon, Kim Sun-young, Lee Mu-saeng, dan Lee Sung-wook yang masing-masing akan membawa watak ketua jurutera Ryu Taesuk, doktor Hong, pengarah keselamatan Gong Soohyuk dan juruterbang angkasa Kim Sun. Kesemuanya perlu berhadapan dengan risiko hidup dan mati bagi memastikan misi mereka ke bulan berjaya.

3. Pelakon terpaksa menggayakan sut angkasawan di dalam drama korea buat kali pertama

Boleh anda bayangkan macammana para pelakon perlu menghidupkan watak mereka dengan berbekal sut angkasawan beratnya mencecah 8.5 kg sepanjang lapan episod penggambaran?

“Dari topi keledar sehingga ke tapak kaki. Sut agak melemaskan sehingga tak boleh bernafas dengan baik. Tapi disebabkan masing-masing gunakan sut sama, kami asyik bergurau senda kerana memakainya agak memenatkan,” kata Bae Doona di dalam sidang media The Silent Sea pada 23 Disember 2021.

Selain memakainya, para pelakon perlu menggambarkan diri mereka terapung-apung dalam keadaan graviti sifar di angkasa lepas dan graviti rendah di tengah-tengah bulan. Malah, mereka difahamkan turut mengayakan aksi tarian dengan sut tersebut, dakwa Lee Joon. Walaubagaimanapun, aksi tersebut tidak pertontonkan kepada pengguna Netflix tetapi sebaliknya bakal ditunjukkan di dalam video klip tambahan nanti.

4. Drama scifi Korea pertama yang berkonsepkan angkasa lepas, berlatarbelakang “bulan” sebagai tapak penggambaran

Netflix The Silent Sea sudah semestinya menjadi drama Korea pertama berkisarkan tentang apa yang berlaku di bulan dan angkasa lepas. Jika penonton pernah berbangga dengan filem Netflix, Space Sweeper selaku Song Joong Ki yang menggayakan sut angkasawan, kini Gong Yoo pula mengambil peranan tersebut untuk lapan episod kesemuanya.

Jung Woo Sung, merangkap produser drama ini, pernah menganggap tugasan menjadikan naskah The Silent Sea kelihatan betul-betul berada di tengah bulan, adalah suatu yang mencabar kerana memerlukan masa dan usaha. Pihak produksi terpaksa belajar data dan imej diberikan oleh NASA untuk membayangkan keadaan permukaan bulan berikutan tiada seorang pun rakyat Korea pernah memijakkan kaki di sana. Lokasi penggambaran terpaksa diperluaskan kepada lima buah studio, bagi membolehkan faktor pembayangan (“visualisation”) ke atas bulan, bentuk keadaan pusat penyelidikan Balhae itu sendiri selain macammana kapal itu mendarat ke atas bulan menjadi sepenuhnya.

Malah Jung Woo Sung beberapa kali turun padang menyapu tapak kaki krew produksi bagi menampakkan hanya tapak kaki pelakon saja berada di dalam drama ini. Ia membolehkan naskah “The Silent Sea” lahir cukup sempurna dan menjimatkan masa penyuntingan.

5. Teknik CGI dan teknologi digunapakai secara meluas

Untuk pengetahuan penonton drama, proses pendaratan kapal ke atas bulan itu sendiri telah mengambil masa selama 3 bulan untuk dihasilkan manakala Pusat Penyelidikan Balhae pula dicipta dengan menggambarkan kubu pertahanan berkonsepkan brutalisme yang agak popular pada tahun 1980-an. Teknik VFX digunapakai dan skrin biru digantikan dengan dinding LED bagi membolehkan para pelakon membayangkan diri mereka berada di tengah-tengah bulan.

The Silent Sea menemui penonton pada malam 24 Disember, beberapa jam sebelum hari Natal menjelma.

loading...