Impian untuk melihat gandingan Ahn Hyo Seop & Kim So Hyun tidak kesampaian

Sebelum ini media telah melaporkan bahawa Ahn Hyo Seop dan Kim So Hyun bakal bergandingan untuk drama baru tvN – “Love Alarm”. Namun, diberitakan Ahn Hyo Seop menolak untuk membintangi drama tersebut, sekaligus menolak peluang untuk tampil sebagai watak utama drama untuk pertama kali.

Terdahulu, pelakon itu ditawarkan watak utama dalam drama tvN-Netflix  “Love Alarm,” tetapi akhirnya memutuskan untuk menolak tawaran tersebut. Buat masa ini, produksi “Love Alarm” mengesahkan bahawa Kim So Hyun telahpun bersetuju membawakan watak utama sebagai Jojo dan mereka masih lagi dalam perancangan untuk memilih pelakon untuk watak-watak lain termasuk watak utama lelaki.

“Love Alarm” adalah adaptasi drama dari webtoon yang terkenal dengan nama yang sama oleh Chun Gye Young. Drama ini berkisarkan tentang satu aplikasi mudah alih yang mampu menyampaikan pesanan bahawa ada seseorang yang berdekatan ingin menghulurkan salam perkenalan.  Ia menceritakan kisah mengenai bagaimana kita ingin mengetahui tentang perasaan sebenar seseorang dengan hanya menerusi penggunaan aplikasi yang kini menjadi medium pengantaraan kita.  “Love Alarm” akan diarahkan oleh PD Lee Na Jeong, yang sebelum ini pernah mengarahkan KBS “Fight My Way” dan KBS “Oh My Venus”. Drama ini dijangka untuk slot tayangan tahun hadapan.

Populariti Ahn Hyo Seop meningkat naik karakter romantiknya sebagai Yoo Chan menerusi drama “30 But 17″ yang kini sedang ditayangkan di SBS serta Astro ONE HD.

Sumber : news.nate

loading...