Khabar angin “Kim Ah Joong dijumpai mati bunuh diri” tak berasas

“Khabar angin itu tak berasas. Kami menafikan sekeras-kerasnya, ” tegas label Kim Ah Joong apabila ditanyakan tentang desas-desus tersebut. Tambah mereka lagi, Kim Ah Joong sedang menjalani urusan hariannya sebagai pelakon dan akan bertindak untuk menyaman penyebar khabar angin itu.

Baru-baru satu tabloid melaporkan seorang selebriti dikatakan dijumpai mati di sebuah apartment di Gangnam. Merujuk pada bayangan dikeluarkan tabloid tersebut, ia agak mirip dengan ‘resume’ dimiliki pelakon yang tercalon Best Actress 6th CARI Kdrama Awards menerusi drama tvN Live Up To Your Name ini.

Kim Ah Joong merupakan seorang model sebelum bergelar pelakon. Beliau dikenali dengan filem 200 Pound Beauty di mana beliau melakonkan watak berbadan gempal sehingga menyebabkan beliau merangkul anugerah Best Actress di Grandbell Film Awards. Antara drama lakonannya termasuklah SBS Punch, SBS Wanted dan tvN Live Up To Your Name. Beliau juga akan kembali ke layar perak menerusi filem adaptasi drama OCN Bad Guys.

Sumber: mpop

 

loading...