‘Power Up’ Red Velvet mendominasi hampir kesemua carta muzik Korea

Tahniah diucapkan buat kumpulan Red Velvet yang telah pun melancarkan album mini mereka berjudul ‘Summer Magic’ pada 6 Ogos 2018 lepas. Single ‘Power Up’ dikeluarkan serentak pelancaran album berkenaan.

Lebih mengejutkan single mereka, ‘Power Up’ telah mendominasi kesemua carta muzik Korea di kedudukan pertama dan mengatasi single ‘Killing’ oleh IKON yang diramal pemerhati muzik akan mengulangi kejayaan kumpulan itu pada awal Jan lepas. ‘Power Up’ telah menduduki no.1 di carta muzik Melon, Ginny, Mnet Music, Bugs Music, Ole Music, and Soribada pada minggu pertama sejak ia dilancarkan. Serentak dengan itu, album mininya  juga turut berjaya merangkul kedudukan no.1 carta album mingguan, Shinrara pada minggu ini. Manakala, carta muzik paling berprestij di Korea Selatan, Gaon Music Chart masih belum mengemaskini lampirannya untuk minggu ini dan ‘Power Up” dijangka berada di kedudukan yang terbaik.

‘Power Up’ merupakan sebuah lagu rancak untuk menggalakkan kempen ‘bekerja kuat tapi berhibur juga’. Ia sentiasa menjadi iltizam buat kumpulan dianggotai 5 orang ini.

Kejayaan ini sekaligus membuktikan kemampuan Red Velvet kemampuan mereka selaku kumpulan wanita Kpop paling laku semenjak beberapa tahun ini selepas Twice dan Blackpink.

https://www.youtube.com/watch?v=aiHSVQy9xN8

Sumber: donga

loading...