Kapten Lee Sang Yeob akan berdepan dengan ‘Top Star’ Kim Ji Suk yang banyak kerenah

Lee Sang Yeob dan Kim Ji Suk akan kembali dengan drama terbaru. Manakala Jun So Min masih dalam perbincangan.

Pada 19 Julai lalu, sumber dari agensi Lee Sang Yeob, C & CO ENS berkata, “Lee Sang Yeob telah diberi peranan utama  dalam drama terbaru tvN ‘Top Star Yoo Baek’ yang akan disiarkan pada November depan.” Manakala, Kim Ji Suk pada 8 Ogos, mengesahkan akan menyertai Lee San Yeob dalam drama berkenaan.

“Top Star Yoo Baek” akan menceritakan kisah seorang selebriti popular yang dibuang ke sebuah pulau selepas menimbulkan pelbagai masalah. Di sana, selebriti itu akan membina hubungan dengan penduduk pulau yang menyambut kehadiran setiap tetamu dan memulakan hubungan romantis dengan seorang wanita di pulau itu.

Lee Sang Yeob akan memainkan peranan Choi Ma Dol, yang digambarkan sebagai Kapten Jack Sparrow atau “Jack Sparrow of ships.” Choi Ma Dol adalah orang termuda yang menjadi seorang kapten. Beliau adalah watak yang optimistik, mesra, dan menghiburkan, tetapi juga tegas dan berkarisma.

Kim Ji Suk akan memainkan peranan sebagai bintang terkenal yang narsistik, Yoo Baek. Walaupun mempunyai personaliti yang meyakinkan dan penampilan yang luar biasa, beliau tidak lagi percaya kepada orang ramai kerana trauma yang dialami di usia mudanya. Beliau digambarkan sebagai idol-actor, yang berjaya dalam nyanyian dan lakonan sehingga diberi jolokan “Nation’s Melo Man.”

Jun So Min (yang kini masih dalam perbincangan) akan membawakan peranan sebagai pengurus pasar raya di pulau itu.

Drama yang bakal mengisi slot drama Jumaat akan disiarkan sekitar bulan November depan.

Sumber : Naver | Naver 2

 

loading...