Yoon Eun Hye sah bintangi drama “Fluttering Warning” selepas 5 tahun tak beraksi

Berhubung kontroversi plagiat fesyen yang dipamerkan oleh Yoon Eun Hye di dalam satu program realiti tv “Goddess’ Fashion” tiga tahun lalu, Yoon Eun Hye agak berhati-hati untuk memilih projek terbarunya dan mengumumkannya pada waktu yang sesuai.

Drama terbarunya bersama pelakon Chun Jung Myung, berjudul “Fluttering Warning” , berkisarkan tentang seorang dermatologis, Cha Woo Hyun yang sangat popular dalam kalangan wanita dan gadis-gadis muda. Satu hari, dia secara tak sengaja bertemu dengan Yoon Yoo Jung (dibintangi oleh Yoo Eun Hye) yakni seorang aktres terkenal. Keadaan yang tak diduga berlaku di mana mereka terjebak di dalam skandal, mendesak mereka untuk menandatangani kontrak cinta. Mereka mesti berpura-pura bercinta bagi memuaskan hati ‘public’.

Aktress Han Go Eun telah disahkan membintangi drama ini.

“Fluttering Warning” merupakan garapan penulis skrip Kim Shin Hye yang diadaptasikan daripada novel web nukilan Seo Han Kyul dengan judul yang sama.  Pada hari ini juga, pelakon Han Go Eun juga telah pun menyatakan persetujuan membintangi drama ini sebagai Han Jae Kyung, pengurus Yoon Yoo Jung untuk memastikan skandal mereka dapat ditutup.

Tiada maklumat cenel manakah bakal menyiarkan drama ini. Kemunculan calon Best Actress CARI Kdrama Awards ini semestinya sangat dinanti-nantikan peminat-peminatnya baik dari seluruh dunia selepas mempamerkan lakonan mengujakan menerusi drama MBC Coffee Prince dan MBC Princess Hours. KBS Mirae’s Choice ialah drama terakhir beliau sebelum beliau memilih untuk berehat seketika.

Sumber: OSEN 1 , OSEN 2

loading...