Jo Kwon pula akan ‘enlist’ Ogos depan

Jikalau diikutkan pada senarai bintang Korea yang bakal ‘enlist’ tahun ini, akhirnya Jo Kwon adalah orang ketiga yang bakal mendaftar masuk untuk jalani khidmat ketenteraan.

Pada 10 Julai, sumber dari agensi Jo Kwon; Cube Entertainment mendedahkan, “Jo Kwon akan mulakan khidmat tenteranya pada 6 Ogos depan.”

Sumber itu menambah, “Jo Kwon berhasrat untuk mendaftarkan diri secara senyap-senyap, jadi kami memutuskan untuk tidak mendedahkan lokasi dan waktu pendaftaran.”

Ahli kumpulan 2AM ini, telah berhijrah ke  agensi Cube Entertainment  dari JYP Entertainment  pada November 2017 lepas dan telah melancarkan single barunya “Lonely” pada bulan Januari tahun ini. Baru-baru ini, beliau turut mengambil bahagian sempena 2018 United Cube -ONE-” family concert.

Terdahulu, Wooyoung dari kumpulan 2PM telan mendaftar masuk untuk jalani khidmat tentera pada 9 Julai lalu manakala Jang Geun Suk pula pada 16 Julai ini. Nampaknya, giliran penyanyi kumpulan Highlight, Yoon Doojoon, Onew SHINee dan pelakon Lee Jong Suk masih lagi belum diketahui.

Apapun selamat menjalankan tanggungjawab dengan jayanya buat Jo Kwon!

Sumber : Naver

loading...