Dapatkan barangan eksklusif Wanna One di CJ WOW SHOP dan peluang menang hadiah!

 

Buat julung kalinya CJ WOW SHOP membawakan barang eksklusif K-pop buat semua peminat di Malaysia!

WOWing It Up with Wanna One!

Berita yang menarik untuk Wannables! Sejajar dengan konsert Wanna One (워너원) “ONE: THE WORLD tour” di Axiata Arena Bukit Jalil pada 21 Julai depan, peminat-peminat Malaysia akan diberikan peluang sekali dalam seumur hidup untuk mendapatkan barangan eksklusif kumpulan kegemaran ramai ini.

Tersedia secara eksklusif di CJ WOW SHOP, peminat boleh menonton secara langsung rancangan ini pada Ahad, 15 Julai di 8TV (1:00 petang) dan TV9 (3:00 petang). Sepanjang segmen ini, item seperti berikut akan dipamerkan untuk dijual:

Barangan ekslusif Wanna One

• Edaran terhad T-shirt ‘Ce & WannaOne Beat Wave’ dengan hanya RM199 untuk 4 helai
• Wanna One Fan Kit hanya dengan RM199 untuk 6 item termasuk lip card ahli kumpulan Wanna One yang menjadi hot item pilihan peminat

Pelanggan yang membeli barangan eksklusif  ini layak untuk menerima hadiah misteri Wanna One secara percuma, berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat. Mereka juga boleh membuat pra-pesanan (pre-order) barangan ini melalui laman web rasmi CJ WOW SHOP di www.cjwowshop.com.my dan menerusi aplikasi mudah alih di Apple App Store dan Google Play Store bermula 9 Julai ini.

Ini menandakan kerjasama pertama CJ WOW SHOP dengan bintang K-pop. Kerjasama tersebut selaras dengan peranan rangkaian ini sebagai sebuah platform media perdagangan secara keseruhan, dan memberikan pengalaman membeli-belah yang menghiburkan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, barangan bintang K-pop juga dapat memperluaskan rangkaian produk mereka, dan ia jelas menunjukkan bahawa “segalanya mungkin” di CJ WOW SHOP.

 

CJ WOW SHOP Wanna One Contest

Berita yang sangat bagus untuk peminat Wanna One. CJ WOW SHOP juga menawarkan tiket konsert Wanna One secara percuma untuk Wannables. Bermula dari 9 hingga 19 Julai 2018, anda berpeluang untuk memenangi tiket konsert Wanna One bersama barangan eksklusif ‘Ce & WannaOne’ dengan beberapa langkah yang mudah ini.

Langkah 1: Follow @cjwowshop Instagram

Langkah 2: Repost Wanna One Official CJ ​​Wow Shop Contest Poster dari Instagram @cjwowshop 

Langkah 3: Tag rakan yang anda ingin bawa bersama ke konsert Wanna One di Kuala Lumpur pada 21 Julai @ Axiata Arena dengan kapsyen “I wanna go to Wanna One concert with ______ “and include the hashtag #WannaOneWOW into your caption

Pemenang akan diumumkan pada 20 Julai ini, jadi jangan lupa sertai peraduan ini dan tandakan tarikh dikalendar anda kerana mungkin andalah pemenangnya!

Siaran Langsung – Wanna One special CJ WOW SHOP

Jangan lupa untuk ikuti Wanna One special CJ WOW SHOP pada 15 Julai 2018 (Ahad) yang pastinya akan buat Wannables teruja.  Pastikan anda tidak terlepas semua tawaran eksklusif yang kami ada untuk anda!

 

Jangan lepaskan peluang ini. Pre-order bermula 9 Julai menerusi laman rasmi CJ WOW SHOP atau menerusi aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun menggunakan Apple Play Store dan Google Play Store.