Bakal ‘enlist’ 16 Julai ini, Jang Geun Suk rupanya mengalami gangguan bipolar

Pada 6 Julai yang lepas, agensi Jang Geun Suk telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tarikh pendaftaran masuk beliau ke pusat khidmat tentera.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari Tree J Company.

“Hello. Ini adalah wakil dari Tree J Company.

“Kami ingin menyampaikan kenyataan rasmi berhubung khidmat ketenteraan pelakon Jang Geun Suk.

“Jang Geun Suk bertekad untuk menjadi askar tahap 4 kerana beliau mengalami gangguan bipolar setelah menjalani pemeriksaan fizikal di Pentadbiran Tenaga Ketenteraan. Beliau akan memulakan tugas ketenteraannya setelah mendaftar  pada 16 Julai ini. Berikutan itu, beliau merancang untuk menjadi pekerja perkhidmatan awam selama dua tahun.

“Kerana bimbang akan terjad sebarang kesesakan dan akan menimbulkan masalah kepada orang lain, beliau memilih untuk mendaftar masuk secara senyap dan privasi.  Walau bagaimanapun, beliau telah memaklumkan sendiri kepada para peminat yang selama ini telah menyokongnya menerusi laman webnya.

“Jang Geun Suk pertama kali didiagnosis mengalami gangguan bipolar pada tahun 2011  di sebuah hospital universiti  dan telah diminta untuk pemeriksaan semula pada setiap kali pemeriksaan fizikal selepas ini. Jang Geun Suk tidak pernah memohon sebarang penangguhan pendaftaran jalani khidmat tentera; bahkan mematuhi permintaan Persatuan Tenaga Kerja Ketenteraan untuk pemeriksaan semula. Baru-baru ini, beliau menerima notis pendaftaran ketenteraannya sebagai pekerja perkhidmatan awam peringkat 4.

“Rekod pemeriksaan fizikal adalah maklumat peribadi yang tidak boleh diberitahu umum. Namun, disebabkan kami begitu mengambil berat akan status kesihatannya, kami terpaksa memberitahu umum perkara ini.

“Jang Geun Suk melakukan yang terbaik untuk mengatasi gangguan bipolar dan bekerja keras untuk mencari keseimbangan sendiri walaupun mengalami kesan sampingan dari proses ini. Beliau memohon maaf kerana dia tidak dapat  keputusan yang memuaskan.

“Jang Geun Suk akan menerima latihan asas sebagai pekerja perkhidmatan awam pada 16 Julai dan menamatkan perkhidmatannya dalam tempoh dua tahun.  Beliau akan melaksanakan segala tugas yang diterima dengan penuh bertanggungjawab.

“Kami akan melakukan yang terbaik supaya beliau akan kembali sihat dan lebih matang. Terima kasih.”

Jang Geun Suk juga telah mengucapkan selamat tinggal kepada para peminat menerusi mesej peribadi yang dimuat naik di laman webnya. Beliau sempat mengingatkan eels (kelab peminat Jang Geun Suk) agar menjaga diri sebaiknya. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang tidak berbelah bagi terhadapnya.

Menurut Jang Geun Suk;

“Saya mahu menghabiskan masa selama dua tahun ini dengan penuh bermakna. Sejak debut diusia muda, saya tidak pernah berhenti berehat. Saya juga tidak berfikir saya pernah mempunyai masa untuk diri sendiri. Jadi saya akan gunakan tempoh ini untuk saya berehat dan beri masa yang secukupnya untuk diri saya mencari ketenangan. Sayang sayang awak semua!”

Selamat berkhidmat dan jaga diri Jang Geun Suk!

Sumber : News.nate | Naver

loading...