Sekitar sidang akbar rancangan realiti “Produce 48”

Dengan hanya berbaki beberapa hari lagi untuk tayangan perdana  “Produce 48,” Mnet telah mengadakan sidang akhbar pada 11 Jun, bagi menjawab soalan mengenai persembahan dan menangani pelbagai kontroversi.

Turut menghadiri sidang akhbar tersebut ialah CP Kim Yong Beom dan PD Ahn Jun Young, serta wakil produksi nasional  Lee Seung Gi; guru vokal Lee Hong Ki dan Soyou; guru pakar rap Cheetah; sert guru tarian Bae Yoon Jung, Choi Young Joon, dan May J Lee.

“Produce 48” adalah projek bersama antara Korea dan Jepun yang menggabungkan sistem dari rancangan “Produce 101” dan “AKB48” Jepun. Seramai 96 peserta akan menyertai program ini, termasuk pelatih dari kedua-dua negara   Korea dan Jepun, dan pencarian akhir kumpulan wanita terdiri dari kelompok kedudukan 12 teratas.

PD Ahn Jun Young bercakap mengenai bagaimana ianya sesuatu yang bukan mudah untuk menghasilkan program   seperti “Produce 48”: “Saya tidak terfikir bahawa saat ini akan tiba pada hari ini. Menghasilkan program dengan negara yang berbeza agak sukar. Namun begitu, tenaga kerja dan para pelatih tetap bekerja keras untuk mencapai matlamat yang sama.”

Beliau meneruskan, “Kami mempunyai slogan untuk menjadi satu melalui muzik. Bukan sekadar Korea dan Jepun, kami mahukan sesuatu yang dapat mencerminkan impian bersama di seluruh dunia. Kami berharap rancangan ini tidak dilihat sebagai pertandingan antara Korea dan Jepun. “

Pengarah  kemudian menyentuh isu kontroversi mengenai program itu, yang berkait dengan beberapa pelatih Jepun mempunyai kecenderungan politik yang berbeza.  Wakil program AKB48 yang terlibat dalam pasukan “Produce 48” berkata, “Kami telah melihat pelbagai kontroversi, dan kami telah mengesahkan bahawa ianya tidak ada kaitan dengan isu politik.”

Mengenai penggunaan pakaian seragam sekolah untuk rancangan ini sedangkan turut disertai oleh pelatih dewasa, PD Ahn Jun Young berkata, “Kami tidak mengklasifikasikan ianya sebagai pakaian seragam sekolah, tetapi pada kami ia adalah pakaian seragam bagi rancangan “Produce 48” ini. Ya, memang ramai pelatih muda yang menyertai.  Kami fikir seragam sekolah sesuai untuk umur mereka dan menunjukkan imej yang sihat. Mungkin ia menjadi perhatian kerana kali ini ia hanya melibatkan pelatih wanita, tetapi kami akan melakukan yang terbaik supaya ianya berjalan dengan lancar “

Pengarah Mnet; Kim Yong Beom menambah, “Isu-isu ini berlaku apabila ia adalah rancangan yang melibatkan pelatih wanita, tetapi kami juga menggunakan pakaian seragam sekolah apabila ianya melibatkan pelatih lelaki juga. Apabila pelatih memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian riadah ketika tinggal di asrama atau melakukan tarian kumpulan, ada sesuatu yang berubah dalam pendekatan mental mereka. “

Tahun ini, jangka masa promosi untuk kumpulan terakhir “Produce 48” akan dilanjutkan kepada dua tahun dan enam bulan. Kim Yong Beom menjelaskan lanjutan masa promosi untuk kumpulan ini berbanding musim-musim terdahulu, berkata, “Oleh kerana promosi ini akan menjadi global, kami telah membincangkan pelbagai perspektif, termasuk aspek perniagaan promosi serta agensi pengurusan artis, dan masa yang diperuntukkan ini [dua tahun dan enam bulan] adalah jangka masa yang optimum. Sebelum ini, walaupun masa promosi yang pendek, aktivit promosi tetap berjalan dengan baik. Tetapi untuk promosi secara global, kami merasakan tempoh masa yang pendek akan  menjadi terlalu sukar. “

Biarpun program “Produce 48,” disertai oleh pelatih Korea dan Jepun, pengundian hanya akan dijalankan di Korea sahaja. Kim Yong Beom berkata, “Disebabkan peserta AKB48 sangat popular di Jepun, kami merasakan terdapat  jurang yang terlalu besar dengan pelatih Korea. Sungguhpun beberpa peserta Korea yang telah debut sebelumnya, tetapi amnya, pelatih Korea bermula tanpa sebarang kumpulan peminat, jadi undian akan dilakukan secara eksklusif di Korea. “

Tidak akan ada bilangan tertentu mengenai jumlah pelatih Korea dan Jepun diperingkat akhir. Kim Yong Beom berkata, “Kami tahu bahawa ada khabar angin mengenai perkara ini, tetapi tiada sebarang diskriminasi akan terjadi, kerana  pemilihan 12 peserta yang akan membentuk kumpulan terakhir bergantung kepada pilihan ramai.”

“Produce 48” akan mula ditayangkan pada 15 Jun jam 11 ​​malam menerusi Mnet.

sumber ; 1 | 2 | 3

loading...