Antara bintang Korea yang bakal ‘enlist’ tahun ini

Berita mengenai Selebriti Korea yang akan menjalani khidmat ketenteraan pastinya sesuatu yang mendukakan buat para peminat. 2018 telah memperlihatkan beberapa Selebriti Korea yang telah pun mandaftar untuk jalani khidmat ketenteraan. Antaranya G-Dragon, Taeyang dan Daesung BigBang, Jung Yong Hwa (CNBlue), Kim Sunggyu (Infinite), Dongha, Go Kyung Pyo, Jun.K (2PM) dan beberapa lagi.

2018 berbaki enam bulan lagi. Masih ada beberapa lagi selebriti Korea yang akan enlist dalam tahun ini. Oleh itu, para peminat dinasihatkan agar be prepare, be strong and keep on supporting your favorite ones. Oleh kerana setiap lelaki warganegara Korea Selatan perlu mendaftar untuk menjalani khidmat ketenteraan sebelum usia mereka mencecah 30 tahun, ini adalah antara selebriti yang akan mendaftar dalam masa terdekat.

  1. Yoon Doojoon (Highlight)

 

 

Berita mengenai Yoon Doojoon yang tidak dibenarkan ke luar negara menjadi tular serta perhatian ramai sehari dua ini. Ini menyebabkan Kumpulan Highlight akan melakukan promosi di luar negara tanpa kehadiran ketuanya, Yoon Doojoon. Status perjalanan ke luar negeri Yoon Doojoon juga telah dikaitkan samada ia berkaitan dengan pindaan baru undang-undang perkhidmatan tentera. Perkara ini memberi petanda bahawa beliau akan mendaftar masuk dalam masa yang terdekat. Selain itu,  Yong Jung Hyung  dan juga bekas ahli kumpulan B2ST Jang Hyun Seung juga dilahirkan pada tahun yang sama dengan Doojoon. Mungkin mereka berdua juga akan menuruti jejak Doojoon untuk mendaftar masuk tahun ini. Sebelumnya, Lee Gikwang pernah menyatakan Kumpulan Highlight merancang untuk mendaftar masuk secara serentak.

Baca juga : 

2. Lee Jong Suk

Lee Jong Suk dilihat terus sibuk dengan penggambaran untuk pelbagai filem dan drama. Oleh kerana jadualnya yang padat, pelakon tersebut telah memohon penangguhan pendaftarannya sekali lagi selepas menerima notis untuk memulakan tugas ketenteraan. Pada tahun lepas beliau pernah berkata, “Saya mohon maaf kerana pendaftaran masuk saya untuk menjalani khidmat ketenteraan lewat daripada mereka yang sebaya saya, tetapi saya pasti akan memberitahu serta berjumpa peminat  dahulu sebelum saya mendaftar kelak.” Lee Jong Suk dilahirkan pada 14 September 1989.

Baca juga : While You Were Sleeping Drama Ekslusif Di OneHD dan Mungkin Menjadi Drama Terakhir Lee Jong Suk

3. Jang Geun Suk

Dilahirkan pada tahun 1987, Jang Geun Suk telah menyatakan rancangannya untuk mendaftar masuk menjalani khidmat ketenteraan tahun ini. Walaupun belum dinyatakan tarikhnya, pelakon itu memberitahu drama SBS – Switch adalah projek terakhir sebelum pendaftarannya.

4. Onew (SHINee)

Kumpulan SHINee baru sahaja menyambut ulangtahun ke-10 mereka dan telah melancarkan album ke-6 mereka “The Story Of Light”. Bagaimanapun, ketua kumpulannya, Onew adalah antara ahli terawal yang akan menjalani khidmat ketenteraannya. Ini kerana Onew juga dilahirkan pada tahun 1989 sama seperti Yoon Doojoon dan Lee Jong Suk.

5. Jo Kwon

 

 

Awal tahun ini, Jo Kwon pernah menyatakan, “Saya fikir saya akan mendaftar msuk apabila tiba masanya sebagaimana mereka yang lain lakukan.” Jo Kwon seterusnya memberitahu bahawa dia mahu memberikan tumpuan terhadap apa yang sedang dilakukannya pada saat ini. Disebabkan beliau juga dilahirkan pada tahun 1989, Jo Kwon juga tergolong dalam selebriti yang berusia 30 tahun  seperti kebanyakan selebriti yang ditulis dalam artikel ini.

6. WooYoung (2PM)

Ahli kumpulan 2PM ini berkemungkinan besar akan mendaftar tahun ini kerana Wooyoung juga lahir tahun 1989.  Dalam satu temu bual baru-baru ini, Wooyoung berkata, “Saya mahu menjalani khidmat ketenteraan saya dengan segera, tetapi sukar untuk saya buat keputusan ini sendirian kerana ia melibatkan aktiviti berkumpulan. Bagaimanapun, saya bercadang untuk mendaftar masuk pada penggal kedua tahun ini. “

Sumber : insight

loading...