Cha Tae Hyun dan Bae Doo Na bakal bergandingan?

 

Oh, My God! Pelakon-pelakon kegemaran cik penulis bakal bergandingan dalam sebuah drama!

Cha Tae Hyun (The Best Hit) dan Bae Doo Na (Sense8) dilaporkan masih mempertimbangkan secara positif tawaran untuk memegang watak utama sebagai pasangan suami isteri yang sudah bercerai dalam drama “The Best Divorce”.

Drama ini merupakan remake daripada drama Jepun yang bertajuk “Saikou no Rikon” yang dibintangi oleh Eita (anone), Ono Machiko (Hajimemashite, Aishiteimasu), Maki Yoko (MOZU) dan Ayano Go (Kounodori).

Cha Tae Hyun dikenali melalui watak utama dalam filem-filem komedi box-office termasuklah filem “Along With The Gods: The Two Worlds” yang mula ditayangkan pada 20 Disember 2017 dan berjaya meraih kutipan melebihi RM500 juta. Beliau kini sibuk dengan rancangan “2 Days & 1 Night”, “Radio Star” dan “Where On Earth”.

Baca juga : 54th Baeksang Arts Awards – Secret Forest & Mother masing-masing menang Daesang dan Drama Terbaik

Selepas 7 tahun meninggalkan industri drama Korea Selatan, Bae Doo Na kembali dengan drama “Secret Forest” yang ditayangkan pada tahun lepas di channel tvN dan drama “Kingdom” yang dilaporkan bakal ditayangkan pada tahun ini. Beliau juga pernah membintangi “Sense8”, sebuah drama televisyen web terbitan Amerika Syarikat yang ditayangkan di Netflix.

“The Best Divorce” merupakan drama romantik komedi yang mengetengahkan isu cinta dan perkahwinan melalui pasangan suami isteri yang berusia pertengahan 30-an dengan personaliti yang sangat berbeza dan bagaimana penceraian merupakan sesuatu yang tak dapat mereka elakkan.

Drama ini dijangka bakal menemui penonton pada penggal kedua tahun 2018. Pengarah yang akan mengetuai drama ini ialah Yoo Hyun Ki, iaitu pengarah bagi drama “My Daughter Seo Young”, “Unkind Ladies”, “Brain” dan remake drama Jepun bertajuk “God of Study”. Nampaknya ini merupakan kali kedua Bae Doo Na dan Pengarah Yoo Hyun Ki bakal bekerjasama selepas “God of Study”.

Sumber: Naver

loading...