Mungkinkah pencarian drama Four Men berakhir di TV Chosun?

Sehingga kini penayangan drama Four Men atau Four Sons ini masih lagi menjadi tanda tanya. Sebelum ini SBS dan terbaru MBC menolak untuk menyiarkan drama ini di stesen mereka.

Namun, pada 27 April lalu, sumber  TV Chosun berkongsi  bahawa mereka dalam radar positif untuk menyiarkan drama Four Men distesen tv mereka. Jika benar drama ini disiarkan di TV Chosun, ia mungkin akan mengisi slot drama hujung minggu yang akan ditayangkan pada lewat malam. Terdahulu, drama hujung minggu bersiaran lewat malam distesen tersebut adalah drama ‘Grand Prince’ yang telah berakhir pada awal bulan lalu.

Four Men adalah sebuah drama bergenrekan mystery thriller yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang terlibat dalam satu konspirasi ketika sedang menyiasat kematian misteri ibunya. Pada ketika itu, dia bertemu dengan tiga lelaki yang mirip dengannya. Dalam drama ini Park Hae Jin akan membawakan empat watak yang berbeza.

Selain Park Hae Jin, drama ini turut dibintangi oleh Nana, Kwak Si Yang, Lee Ki Woo, Kim Chang Wan, dan Park Geun Hyung. Drama ini akan di pre-produce sepenuhnya. Four Men dijangkan akan memulakan tayangan sekitar penggal kedua tahun ini.

Sumber : Naver

loading...