Peluang Mengembara Bersama 2 Days & 1 Night Oppas!

Shoutout to all 2 Days & 1 Night fans! Heyho!

Sepanjang anda menonton rancangan 2 Days & 1 Night, pernahkah anda tertanya-tanya apa sebenarnya rasa fish sauce atau kkanari kknari (baca dalam nada berlagu okey)? Pernahkah anda terfikir apakah keseronokan di sebalik bermain Bok-bul-bok Game? Atau pernahkah anda menyimpan angan-angan untuk mengembara bersama dengan oppa-oppa 2 Days & 1 Night yang sengal belaka?

Jika ya, maka inilah peluang keemasan untuk anda!

KBS Happy Sunday – 2 Days & 1 Night membuka penyertaan kepada semua penonton dari semua negara untuk menyertai lawatan khas ke Korea dan menghabiskan masa selama 2 Hari & 1 Malam bersama dengan oppa-oppa 2 Days & 1 Night yang pastinya akan sentiasa buat anda tak kering gusi.

Adakah anda berminat untuk menyertainya? Caranya mudah sahaja. Anda boleh klik link di sini dan muat turun borang penyertaan. Cepat cepat, nanti terlambat!

Kami doakan semoga anda berjaya!

Akhir sekali, jangan lupa pesanan daripada oppa sekalian xD

 

loading...