Drama Suits kekal jadi pilihan penonton

Nampaknya slot drama tayangan Rabu – Khamis masih lagi bertarung dalam merebut pilihan para penonton.

Dengan pelbagai drama yang disajikan untuk slot Rabu & Khamis, penonton menghadapi kesukaran untuk memilih drama yang akan ditonton mereka. Menurut Nielsen Korea, drama KBS – Suits sekali lagi mendahului senarai pilihan penonton dengan episode 4 yang telah ditayangkan semalam. Ia telah mencatatkan purata  9.7 peratus tontonan di seluruh negara, menjadikannya tontonan tertinggi setakat ini seperti episode yang lepas.

Drama SBS – Switch mempertontonkan satu lagi adengan yang penuh emosi apabila ianya cuba untuk mendalami hubungan kekeluargaan yang rumit di antara Sa Ma Chun (Son Byung Ho) dan Sa Do Chan (Jang Geun Suk), di mana akhirnya Sa Ma Chun bersedia menemui anaknya dan menentang Geum Tae Woong (Jung Woong In).

Switch kekal ditempat kedua dengan 6.2 peratus tontonan untuk tayangan pada 2 Mei dan 6.5 peratus tontonan bagi siaran semalam. Ia menjadikan drama Switch mengalami kenaikan 0.5 peratus jumlah tontonan.

MBC -Hold Me Tight berada ditempat ketiga, dengan 3.2 peratus dan 3.4 peratus jumlah tontonan di seluruh negara bagi tayangan minggu ini.

Sumber : Naver | Mydaily

loading...