Siapakah bakal menjulang trofi “Best Actress” Paeksang Art Awards ke-54 pada malam ini?

Tinggal beberapa minit saja lagi para pemenang Paeksang Art Awards ke-54 akan diumumkan secara langsung. Pastinya calon-calon yang menduduki senarai Best Actress Paeksang Art Awards untuk kali ini bukan calang-calang hebat orangnya.

1 . Kim Hee Sun – [jtbc] Woman of Dignity

Semestinya, mata penonton tertumpu pada Kim Hee Sun – seorang pelakon yang tetap anggun dan cantik walaupun sudah berusia 40-an. Beliau mempersembahkan lakonan yang sungguh “classy” , “fashionista” dan berani selaku Woo Ah Jin, isteri yang mempunyai ideanya tersendiri untuk membalas kecurangan suaminya. Atas sebab ini, beliau diberikan pengiktirafan daesang di Asian Artist Awards dan menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk pemenang Best Actress CARI Kdrama Awards ke-6 pada tahun lepas. Beliau belum pernah memenangi sebarang anugerah Best Actress Paeksang walaupun beberapa kali tercalon sebelum ini.

2.  Kim Nam Joo – [jtbc] Misty

Aktres yang pernah menggemparkan drama mingguan saban tahun telah menggegarkan layar emas dengan drama terbaru jtbc berjudul “Misty”. Misty yang diarahkan PD Mo Wan Il (Beautiful Mind, Serius) berkisarkan tentang seorang pembaca berita tv wanita, Go Hye Ran yang dikenali ramai sebelum dia dituduh sebagai suspek kes pembunuhan. Suaminya, Kang Tae Wok bertindak sebagai peguambela kepada Gong Hye Ran bagi memastikan kes tuduhannya digugurkan mahkamah. Penonton agak terkesima dengan cara Kim Nam Joo memperdayakan bekas suaminya seolah-olah beliau cuba membalas balik apa yang telah dilakukan bekas lakinya sebelum ini. Kata orang, cerita ini seakan-akan “Gone Girl” versi drama Korea.

Jika beliau berjaya merangkul anugerah ini, ini kali kedua beliau berjaya berbuat demikian setelah memenanginya menerusi drama MBC Queen of Housewives.

3. Lee Bo Young  – [tvN] Mother

Setelah gagal mempamerkan lakonan cukup berkesan menerusi drama SBS Whisper, kali ini Lee Bo Young bangkit dengan naskah yang sangkat hebat membawa watak “ibu angkat” sementera di dalam drama yang diadaptasikan  daripada drama jepun Mother. Drama ini mengisahkan tentang seorang cikgu sekolah rendah yang bersimpati dengan nasib dialami muridnya yang didera secara mental dan fizikal oleh ibubapanya di rumah. Cikgu tersebut telah men’culik’ budak tersebut dan membawanya bersiar-siar dengan harapan dia dapat melupakan penderitaan dialaminya. Lakonan sebagai “ibu mithali” yang ditunjukkan sangat dramatik dan seharusnya diberikan pengiktirafan!

Ini juga pencalonan kedua beliau selepas drama SBS I Hear Your Voice yang mana beliau telah memenangi anugerah berkenaan.

4. Shin He Sun – [KBS] My Golden Life

Shin He Sun mungkin tampak seperti seorang “newbie” tetapi beliau telah menunjukkan apa yang dimaksudkan sebagai lakonan yang naif dengan nada yang subtle. Inilah yang dilakukannya menerusi drama KBS My Golden Life bersama Park Shi Hoo sebagai Seo Ji An yang naif, comel tetapi berkarisma sehingga meraih rating tertinggi cenel KBS pada tahun lepas. Penulis cukup sedar lakonannya di dalam tvN Stranger bukan sesuatu yang patut dipandang ringan, beliau telah membuktikannya di dalam masa yang singkat menerusi drama KBS My Golden Life.

5. Kim Sun Ah – [jtbc] Woman of Dignity

Sesuatu yang disangka-sangka, Kim Sun Ah juga meraih pencalonan Best Actress  untuk watak Park Boo Ja sekaligus bersaing dengan Kim Hee Sun merebut gelaran femme fatal terbaik. Ini pencalonan ketiga beliau selepas drama SBS Scent of Woman dan MBC My Lovely Samsoon. Beliau belum pernah memenangi anugerah ini.

loading...