Senarai KPOP idol yang bakal ‘comeback’ & ‘debut’ Mei ini

Nampaknya bulan Mei ini menyaksikan beberapa Kpop Idol yang bakal membuat comeback dan juga debut. Mungkin ada diantaranya adalah artis yang anda minati dan tertunggu-tunggu akan kehadiran mereka dengan karya yang baru.

Jom check-it out

1 Mei (semalam)

  • Bekas kumpulan MBLAQ yang kini bergerak secara solo, Thunder yang telah mengeluarkan single digital terbarunya yang berjudul Smile pada 1 Mei lepas. Ia juga turut memuatkan dua lagu di mana keduanya ditulis dan di compose oleh Thunder sendiri.

  • Kumpulan IZ pula bakal buat kemunculan semula dengan mini album Angel  di mana Bang Shi Hyuk (pengasas BigHit Entertainment) adalah penerbitnya. Jom saksikan Granulate yang juga dimuatkan dalam mini album Angel

Band IZ : https://www.youtube.com/watch?v=BG8Y9hp_Gs4

  • Kumpulan HALO pula membuat kemunculan semula pada semalam dengan “O.M.G” . Bagaimanapun, kumpulan ini akan melakukan promosi berlima sahaja kerana Jaeyong berhadapan dengan pertindihan jadual penggambaran dramanya.

Halo O.M.G : https://www.youtube.com/watch?v=hwWgRzRu22c

  • Kumpulan penyanyi wanita terbaru  GBB dari agensi LOUDers Entertainment pertama kalinya debut semalam dengan mini album “Kemi.” GBB dianggotai oleh  Doori, Sona, Jini, Cheris, dan Chaehee.

May 2

  • Kumpulan penyanyi baru dari label Cube Entertainment (G)I-DLE pertama kalinya akan debut pada 2 Mei (hari in) dengan sebuah mini album  “I Am.” Kumpulan ini dianggotai oleh enam ahli iaitu Jeon Soyeon (Produce 101 & Unpretty Rapstar 3), Minnie, Shuhua, Soojin, Miyeon, dan Yuqi.

(G)I-DLE Latata : https://www.youtube.com/watch?v=p4RIhcY7V3c

May 3

  • Penyanyi solo Crush akan melancarkan single terbarunya  “Bittersweet” pada 3 Mei bersamaan dengan tarikh hari lahirnya.

Crush YT : https://www.youtube.com/watch?v=rub5YHKHL8k

  • Ahli kumpulan H.U.B, Rui juga bakal mengeluarkan single ketiganya.
  • Rui merupakan bekas peserta rancangan realiti Mixnine yang tersingkir pada episode ke-13.

May 5

  • Rapper MC Gree dari label Brand New Music kan mengeluarkan lagu terbarunya  “Don’t You Love Me” pada 5 Mei ini.

May 8

  • Kumpulan popular Teen Top akan kembali pada 8 Mei ini dengan “Seoul Night”. Salah satu lagu terbaru Teen Top “Crazy” telah menghiasi runut bunyi drama SBS – Switch : Change the World lakonan Jang Geuk Suk dan Han Ye Ri.

Teen Top Crazy – https://www.youtube.com/watch?v=oIVQQ1gbEEIi

  • CROSS GENE yang dianggotai oleh  Shin, Sangmin, Yongseok and Seyoung dan Takuya akan kembali menerusi  “Zero” pada 8 Mei ini. Ini merupakan kemunculan kembali kumpulan ini secara berlima selepas ahli mereka Casper mengundurkan diri.

CROSS GENE (크로스진) – ‘DYSTOPIA’ – https://www.youtube.com/watch?v=Wu0tDk04BL0

May 9

  • Pada 9 Mei ini, Yong Junhyung daripada kumpulan Highlight akan mengeluarkan album solo pertamanya “Goodbye 20’s”. Album baru ini akan memuatkan pelbagai lagu dari berlainan genre.
  • Pada 2013, Yong Junhyung telah merakamkan minu album “Flower” manakala yang terbaru beliau melancarkan single terbarunya  “Sudden Shower” bersama  vokalis 10cm, Kwon Jung Yeol. Jom kita saksikan

Sudden Shower : https://www.youtube.com/watch?v=rD8iXrvL2EY

  • Kumpulan baru Spectrum yang dianggotai oleh tujuh jejaka Dongkyu, Dongyoon ( peserta “MIXNINE”), Minjae, Villain, Eunjoon, Jaehan (peserta “Produce 101 Season 2”), dan Hwarang akan debut pertama kalinya pada 9 Mei ini. Spectrum akan bernaung di bawah label WYNN Entertainment.
  • Mereka sepatutnya debut sekitar Oktober 2017, namun terpaksa ditangguh ekoran penyertaan salah seorang ahlinya dalam program realiti Mixnine.

May 10

  • Mini album terbaru kumpulan DreamCatcher “Nightmare — Escape the Era” akan dikeluarkan secara rasmi pada 10 Mei ini.
  • Artis di bawah naungan  Happy Face Entertainment ini dianggotai oleh JiU, SuA, Siyeon, Handong, Yoohyeon, Dami dan Gahyeon. DreamCather telah debut secara rasmi pada 13 Januari 2017 dengan album single Nightmare.

  • Kumpulan Favorite dari label Astory Entertainment akan muncul kembali bersama mini album kedua mereka  “Love Loves to Love Love.”
  • Favorite dianggotai oleh Gaeul, Saebom, Seoyeon, Sukyung, Junghee , dan Ahra

  • Penyanyi yang bersuara lunak ini,  K.Will akan memperdengarkan single terbaru beliau “Will Be a Start” juga pada 10 Mei ini.
  • Selepas single terbaru ini, K.Will akan mengeluarkan dua lagi single dan akhirnya akan melengkapkan album penuh ke-4 beliau di mana sebahagiannya telah dikeluarkan lapan bulan lepas menerusi Nonfiction .

May 17

  • Kumpulan wanita yang dipilih dari program realiti “The Unit” – UNI.T akan debut pada 17 Mei ini. UNI.T dianggotai oleh  Euijin (SONAMOO), Yebin from DIA, NC.A, Yoonjo, Lee Hyun Joo, Yang Jiwon, Woohee (Dal Shabet), ZN (LABOUM), dan Lee Suji.
  • Kumpulan lelaki dari program yang sama, UNB telah pun debut pada awal bulan April lepas.

May 18

  • BTS akan muncul dengan album penuh ketiga “Love Yourself: Tear.”  Penampilan pertama mereka setelah mengeluarkan album ini adalah di Billboard Music Awards pada 20 Mei depan.
  • Album “Love Yourself: Tear” ini telah merekodkan lebih kurang 1.44 juta keping ( kuantiti pada 24 April) bagi pre-order yang telah dibuka bagi area domestik pada 18 April lepas.

K-POP yang masih belum berkongsi tarikh comeback mereka sepanjang Mei ini yang perlu diberi perhatian.

  • Kumpulan SHINee bakal muncul dengan album baru yang  akan dikeluarkan pada Mei ini menandakan ianya adalah ulangtahun ke-10 mereka dalam industri hiburan Korea pada 25 Mei depan
  • Ini juga merupakan album pertama SHINee tanpa Jonghyun yang telah pergi buat selamanya pada Disember lepas.
  • Kumpulan ini mula debut pada 2008 menerusi  “Replay” dan antara lagu-lagu yang menjadi HIT adalah  “Juliette,” “Ring Ding Dong,” “Lucifer,” “Sherlock,” “Everybody,” “View,” “1 of 1,” dan banyak lagi.

  • Menurut pengasas YG, Yang Hyun Suk, Blackpink kini sedang dalam proses untuk comeback juga dalam bulan Mei ini.

  • Kumpulan VICTON juga akan kembali dengan single album terbaru mereka pada pertengahan Mei ini. Album terakhir mereka From . VICTON dikeluarkan pada November tahun lepas.

  • Samuel Kim juga akan melancarkan versi repackaged mini album terbarunya One. Repackaged mini album kali ini diberi judul Teenager.
  • Kali ini Samuel akan bergabung dengan Lee Ro Han (sebelum ini menggunakan nama Bae Yeon Seo), pemenang tempat kedua rancangan realiti Mnet – School Rapper 2.

Samuel Kim (One) Live : https://www.youtube.com/watch?v=kHMRtXbDai8

Artikel asal : Soompi

Photos credit as stated

 

loading...