Defconn dan Jung Hyung Don telah mengucapkan selamat tinggal kepada MBC Weekly Idol selepas mengacarakan rancangan variety popular tersebut selama enam tahun lapan bulan.
Pada episod 28 Mac, MONSTA X muncul sebagai tetamu terakhir musim ini. Kumpulan ini mempromosikan album mini keenam mereka berjudul The Connect.
Setelah tamat episode terakhir kelolaan Doni Coni Jung Hyung Don berkata, “Terima kasih kerana terus menyokong kami sehingga ke hari ini. Kami akan terus menjadi Doni Coni yang bekerja lebih keras di masa depan.” Defconn menambah,” Terima kasih kerana terus setia menonton Weekly Idol selama ini. Lebih dari segalanya, kami dapat meneruskan rancangan ini kerana sokongan para peminat, selebriti yang menjadikan rancangan kekal untuk tempoh masa yang lama. Saya tidak merasakan inilah pengakhirannya. Apapun, saya dengan ikhlas hati ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada kami dan kami berharap untuk kembali dengan sesuatu yang lebih baik dilain masa.”
Jung Hyung Don berkata, “Hakikat bahawa program enam minggu boleh berterusan selama enam tahun dan lapan bulan kerana adanya peminat yang sentiasa menyokong idola mereka dan bintang-bintang K-pop yang mempunyai jadual yang ketat sanggup hadir ke rancangan ini sebagai tanda sokongan mereka kepada rancangan Weekly Idol. Disebabkan itulah kami dapat melakukannya selama enam tahun dan lapan bulan. “
Defconn juga menyatakan, “Hubungan Idola dan peminat terus menunjukkan rancangan ini sentiasa hidup. persembahan hidup. Kesemua tenaga kerja telah menjalankan kerja mereka dengan begitu baik sekali. Saya berasa sedih kerana saya perlu ucapkan selamat tinggal saya kepada tenaga kerja yang komited ini. “
Jung Hyung Don bercanda, “Kami tidak dapat melewati tujuh tahun bersiaran. Sedangkan hampir semua idol boleh melangkaui tempoh tujuh tahun bersama. “Defconn menambah,” Tetapi saya mahu mengatakan bahawa kita boleh menghadapi semua ini dan akan bangkit akan kembali. “
Jung Hyung Don menyimpulkan, “Terima kasih kerana terus menyokong Doni Coni walaupun kami juga tidak begitu sempurna. Terima kasih untuk semuanya.”
Musim terbaru Weekly Idol akan membariskan MC yang baru iaitu Lee Sang Min, Yoo Se Yoon, dan Kim Shin Young yang bakal bersiaran lewat tahun ini. Teruskan menyokong Weekly Idol dan tonton episode terakhir Doni Coni bersama MONSTA X. Doni Coni, kami pasti akan merindui kamu!
sumber : Naver
kredit foto : mydaily