Hyun Bin mungkin kembali sebagai pakar ‘zombies’ di dalam tvN Memories of the Alhambra

Foto dikreditkan pada 1st Look.

Setelah sekian lama Hyun Bin mendiamkan diri dalam arena drama korea, Hyun Bin dikhabarkan sedang meneliti tawaran membintangi drama tvN Memories of the Alhambra yang dijangka ditayangkan pada September 2018. tvN Memories of the Alhambra merupakan drama pertama Hyun Bin selepas SBS Hyde Jekyll, Me yang disiarkan tiga tahun lalu.

tvN Memories of Alhambra merupakan drama ‘thriller’ yang mengujakan ditulis oleh Song Jae Jung, seorang penulis skrip yang terkenal dengan garapan berbentuk ‘twist’ seperti beliau lakukan dalam beberapa naskahnya seperti MBC W – Two Worlds dan tvN Nine: 9 Times Time Travel. Drama ini dijangka akan memfokuskan bandar Granada, Sepanyol di mana terletaknya istana Alhambra yang dahulunya pernah dikuasai pemerintah Muslim daripada kerajaan Almoravid. Sumber lain mengatakan bahawa drama ini akan menceritakan suatu wabak penyakit berlaku di bandar tersebut sehingga tertularnya rangkaian mayat hidup dipanggil sebagai ‘zombies’.

Hyun Bin dikatakan memegang watak sebagai Dr. Yu Jin Woo , seorang jurutera yang mempunyai ijazah kedoktoran falsafah (Phd). Yu Jin Woo seseorang yang berwawasan tinggi, tak mudah mengaku kalah dan akan memastikan penularan wabak itu dihapuskan serta-merta.

Drama ini akan diarahkan oleh PD tvN Forest of Secret, Ahn Gil Ho yang sememangnya sudah diketahui kreativitinya dalam drama berbentuk ‘thriller’. tvN Forest of Secret dicatatkan sebagai antara drama thriller terbaik pada tahun lepas sehingga mencipta kejutan meraih kemenangan dalam kategori Best Screenplay menumpaskan pesaing-pesaing daripada pemenang Drama of The Year tahun lepas, tvN Because This Is My First Life dan juga tvN Goblin. Mungkinkah selepas kegagalan SBS Hyde Jekyll, Me, Hyun Bin akan menyinar kembali dengan drama ini sebaliknya? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: OSEN, sportalkorea , sedaily

loading...