Park Jin Hee akan ‘sailang’ Gong Hyun Jung daripada SBS Return?

Sebaik saja Gong Hyun Jung mengumumkan pengundurannya daripada drama SBS Return yang sedang ditayangkan kerana sebab tak yang dapat dielakkan, pihak produksi bertindak menggantikannya dengan pelakon lain. Ura-ura mengatakan Park Jin Hee disebut sebagai pengganti utama, mungkin dengan watak berbeza.

Park Jin Hee baru saja melahirkan anak pada akhir tahun lepas dan dilaporkan sedang mencari drama baru untuk membuat kemunculan semula. Kebetulan, SBS amat memerlukan pengganti Gong Hyun Jung secepat mungkin bagi membolehkan mereka melakukan proses penggambaran sejak seminggu lepas. Mereka terpaksa menangguhkan episod terbaru yang sepatutnya ditayangkan semalam pada dua minggu seterusnya berikutan program Pyeongchang Olimpik yang berlangsung tak lama lagi.

Kali terakhir Park Jin Hee berlakon pada akhir tahun 2016 menerusi drama KBS Oh My Geumbi, tetapi drama SBS Giant dan SBS War of The Money membuatkan namanya dikenali peminat kdrama. SBS Return berjaya memungut “ratings” tertinggi sepanjang disiarkan dengan memperoleh nilaian sebanyak 16.0% untuk episod 12 sekaligus memegang rekod rating drama mingguan tertinggi untuk awal tahun 2018. Bagaimanapun, keputusan menggugurkan Gong Hyun Jung, yang dianggap sebagai pelakon bertaraf A+ di korea, sedikit sebanyak akan mempengaruhi “ratings” yang dikecapi selama ini.

Sumber: news.mk , joins

loading...