Golden Age Wanna One , muncul di Radio Star serta dilantik Duta Olimpik Musim Sejuk 2018

Wanna One buat kemunculan semula

Pada 5 Februari yang lalu, kumpulan Wanna One telah memaparkan projek 2018 mereka dengan beberapa siri foto yang menarik. Gambar hitam-putih itu menunjukkan sebahagian wajah setiap ahli beserta mesej yang ditulis oleh mereka sendiri disetiap gambar masing-masing.

Foto-foto itu dikongsi bersama dengan kapsyen, Wanna One l 2018 Golden Age Begins. It’s not the beginning of the end. It is the beginning of the Golden Age.

Agensi pengurusan Wanna One YMC Entertainment mengesahkan bahawa kumpulan itu kini sedang bersiap sedia untuk kembali menghangatkan industri muzik, yang dirancang sama ada lewat Februari atau pada awal Mac.

2018 ini akan menjadi tahun terakhir untuk mempromosikan kumpulan projek dari program “Produce 101 Musim ke-2” Berkemungkinan kontrak mereka akan disambung sehingga Januari 2019 bagi konsert akhir mereka dan ia kelihatan seperti mereka merancang untuk menjadikannya satu lagenda.

Kang Daniel, Ong Seung Woo dan Park Woo Jin bakal muncul di rancangan Radio Star

foto ihsan : soompi.com

Wanna One akan menyertai variety program yang terbaru.

Pada 7 Februari ini, sumber daripada Radio Star MBC mengesahkan, Kang Daniel, Ong Seong Woo, dan Park Woo Jin akan muncul sebagai tetamu rancangan berkenaan.

Episod mereka bagi siaran Radio Star akan dirakamkan tidak lama lagi, dan ia akan disiarkan pada 7 Mac pada pukul 11:10 pagi KST.

Pada ketika ini, Wanna One sedang giat mempersiapkan diri untuk buat kemunculan semula sekitar hujung Februari atau awal Mac depan.

Kang Daniel dilantik sebagai Duta Kehormat Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 

Tahniah kami ucapkan kepada Kang Daniel.

Semasa siaran rancangan SBS One Night of TV Entertainment pada 6 Februari baru-baru ini, rancangan tersebut telah mendedahkan seorang penyanyi idola popular  telah dipilih sebagai duta kehormat bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 yang bakal bermula beberapa hari lagi.

Berkenaan dengan perkara ini, Kang Daniel dilihat berpakaian lengkap seperti Maharaja Dinasti Goryeo, untuk mempromosikan kebudayaan dan tradisi Korea.

Seorang wakil dari ‘Sukan Olimpik Pyeongchang’ berkata, “Sekarang semua atlet menjalani latihan sebelum bermulanya acara yang sebenar selepas lulus proses uji bakat yang ketat. Begitu juga, dengan Wanna One terdapat persamaan antara mereka, kerana Wanna One juga menghadapi persaingan sengit dalam industri hiburan dan berusaha untuk mencapai matlamat mereka, ” dan seraya itu menjelaskan mengapa bintang idola itu dipilih.

sumber : naver | AllKpop