Park Shin Hye akan menangis kesedihan dalam drama SBS terbaru?

Pelakon muda yang sangat cantik ini dikatakan sedang menimbang tawaran untuk membintangi drama melankolik SBS terbaru berjudul “Yeowoo Gaksibyeol” hasil nukilan penulis skrip tersohor,  Kang Eun Kyung menerusi cetusan hebat sebelum ini seperti SBS Romantic Doctors Teacher Kim, KBS Baker Kim Tak Goo dan MBC Gu Family Books.

“Yeowoo Gaksibyeol” (tajuk diterima setakat ini) berkisarkan tentang kisah percintaan antara uda dan dara yang hidup susah sebatang kara apabila mereka bertemu di bandar metropolitan Seoul. Mereka cuba untuk menyembuhkan kesengsaraan diri dengan mendengar muzik, makan dan bersosial. Park Shin Hye yang tercalon Best Actress Cari Kdrama Awards ini  akan membawakan watak Seo Hye Won yang terpaksa membanting tulang pada usia muda 18 tahun setelah ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan.  Ini kali pertama Park Shin Hye akan menjayakan watak sedih sejak drama SBS Stairway To Heaven dan SBS Tree of Heaven, yakni lebih sepuluh tahun yang lalu sewaktu usianya belasan tahun.

Antara drama popular nulikan Kang Eun Kyung, iaitu SBS Romantic Doctors Teacher Kim yang disiarkan pada penghujung tahun 2016.

Garapan penuh inspirasi sebegini tidak menjadi asing buat penulis skrip ini yang seringkali memperkenalkan wadah ‘heroic’ menerusi watak utama dramanya yakni seseorang  yang bangkit daripada kesusahan dengan mencontohi mentornya seperti beliau lakukan terutamanya dalam drama KBS Baker Kim Tak Goo di mana Kim Tak Goo (Yoon Si Yoon) berusaha untuk menjadi pembakar roti dengan mengikuti jejak langkah ayahnya dan juga SBS Romantic Doctors Teacher Kim di mana Kang Do Joo (Yoo Yeon Seok) berazam menjadi pakar bedah setelah melihat kesungguhan ‘Teacher Kim’ (Han Suk Kyu). Tak mustahil kita dapat melihat Seo Hye Won menjadi model contoh yang berjaya.  SBS Romantic Doctors Teacher Kim telah meraih pencalonan ‘Drama Of The Year’ dalam 6th CARI Kdrama Awards buat kali ke-2 untuk Kang Eun Kyung selepas MBC Gu Family Books dan diumumkan keputusannya pada hari lusa ini.

Sumber: xsportnews , star.mk