Bekas ahli Pristin bakal bergabung membentuk kumpulan kpop terbaru di bawah agensi berlainan

Tak lagi bernaung di bawah agensi lama, Pledis Entertainment, tidak mematahkan semangat bekas ahli-ahli Pristin untuk bergabung membentuk kumpulan kpop baru.

Tujuh orang yang keluar daripada Pledis Entertainment sebelum ini ialah Nayoung, Roa, Yuha, Eunwoo, Rena, Xiyeon, dan Kyla dan separuh daripada mereka akan bergabung dan dilaporkan akan melantik Nayoung sebagai ketua kumpulan baru tersebut. Selain daripada itu, kumpulan kpop itu juga bakal disertai oleh beberapa pelatih baru dalam agensi yang dimeterai oleh mereka bersama.

Menurut sumber terdekat, Nayoung dilaporkan berkata, “Saya Im Na Young, akan berbuat lebih baik tanpa melupakan mereka yang telah menyokong saya selama ini. Pristin sudah selesai, tapi Im Nayoung ini masih baru dan patut diikuti pada masa akan datang.” Tempoh masa debut itu tak didedahkan walaupun masing-masing sedang bersiap sedia untuk debut semula dengan kumpulan yang berlainan. Manakala, tiga baki bekas ahli Pristin, Kyulkyung, Yehana, dan Sungyeon masih lagi bernaung di Pledis Entertainment dan belum memutuskan apa-apa tentang aktiviti mereka pada masa akan datang.

Sumber: spottvnews

loading...