Krew drama Netflix ‘Kingdom’ meninggal dunia setelah terjatuh bangunan

Drama korea pertama terbitan Netflix , ‘Kingdom’ akan memulakan penggambaran pada minggu ini.  Namun kejadian tak diingini berlaku pada pagi tadi apabila salah seorang krew didapati telah terjatuh bangunan dan meninggal dunia semasa digerakkan ke hospital.

Produser drama berkenaan berkata, “Hari ini krew artisitik telah meninggal dunia. Kami terpaksa membatalkan penggambaran dijadualkan pada minggu ini, ini juga kali pertama kami mengadakan majlis pengkebumian buat mendiang.”

Krew tersebut, dinamakan sebagai Gomo, yang berusia 85 tahun dilaporkan mengalami pening kepala semasa berdiri di tepi balkoni tingkat 12 bangunan  sebelum tersadung lalu terjatuh.

Drama berjudul “Kingdom” ini merupakan drama bersiri korea pertama diterbitkan ke dalam cenel Netflix dan akan disiarkan secara langsung kepada pengguna laman tersebut tak kira dari negara mana mereka berada. Ia berkisarkan tentang putera raja yang bertungkus lumus membanteras penularan watak penyakit ‘zombies. Drama ini pasti mengujakan seperti bagaimana filem ‘Train of Busan’ berjaya membuatkan penonton turut terasa kesannya. Kim Eun Hee, penulis “Kingdom”, yang terkenal dalam menyajikan drama penuh suspens seperti mana beliau lakukan untuk drama Signal semestinya akan menjanjikan keterujaan yang sama untuk drama Kingdom ini. PD yang akan mengetuai projek ini ialah Kim Sung Hoon, iaitu pengarah filem Hard Day dan Tunnel.

Joo Ji Hoon, Bae Doona dan Ryu Seung Ryong telah pun mengesahkan kehadiran mereka dalam drama ini sebagai pelakon-pelakon utama. Joo Ji Hoon akan membawa watak sebagai putera raja tersebut manakala Bae Doona dan Ryu Seung Ryong masing-masing sebagai Seo Bi dan Jeo Hak Jo. Drama ini dijangka ditayangkan pada lewat tahun 2018 di platform Netflix saja, maka nilaian “ratings” yang dijadikan pengukur kejayaan drama korea akan berpecah dalam bentuk rangkaian atas talian.

Sumber: koreatimes

 

loading...