Ibarat Fattzura, Gong Yoo & Jung Yoo Mi dituduh pula bakal langsungkan perkahwinan di hotel

Tak lama dulu pasangan Fattzura yang menikahi di hotel secara senyap-senyap berjaya dihidu pihak wartawan sehingga mendapat liputan meluas keesokan harinya. Bagaimana pula dengan pasangan selebriti Korea yang tak disangka-sangka akan melangsungkan perkahwinan di hotel juga hasil soseh-soseh peminat yang berada di hotel pada masa itu?

Semalam, seorang pengkomen laman sosial telah menyebarkan mesej mengatakan Gong Yoo dan Jung Yoo Mi akan melangsungkan perkahwinan di Hotel Shilla tak lama lagi setelah membuat tempahan semalam. Kedua-dua agensi cepat-cepat menafikan mesej berkenaan dan bertindakbalas akan menyaman mereka yang menyebarkan fitnah berkenaan.

Jurucakap agensi berkata, “Gong Yoo dan Jung Yoo Mi bukan adik-beradik.  Gong Yoo menganggap Jung Yoo Mi sebagai ‘adik lelaki’nya sendiri.” Penafian ini cukup kuat untuk menafikan mereka sebenarnya telah ‘bercinta’ dan berkahwin tak lama lagi.  Jadi, peminat sekalian yang teringin menyatukan mereka, jangan meletakkan harapan lagi.

Gong Yoo yang juga tercalon Best Actor dalam 6th Cari Kdrama Awards baru-baru ini (–>Sila undi di sini<–) menerusi drama tvN Goblin , pernah bersama-sama dengan Jung Yoo Mi membintangi filem Silenced dan Train To Busan. Mereka dilihat intim sebagai kawan sejak daripada itu.

Jung Yoo Mi yang turut pernah dicalonkan sebagai Best Supporting Actress dalam 1st Cari Kdrama Awards lima tahun lepas, akan menyertai drama tvN Live nukilan Noh Hee Kyung yang dijadualkan tayangannya pada pertengahan tahun ini.

Sumber: huffington

 

loading...