Sempena penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, kereta api laju KTX ( Korea Train EXpress) telahpun membuka laluan baru daripada Seoul ke Gangneung. Laluan baru ini akan memudahkan anda bergerak terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ke lokasi-lokasi tempat berlangsungnya acara Sukan Olimpik kelak.
Kenapa ianya mudah? Sebab, perjalanan anda kelak cuma mengambil masa kurang dari 2 jam berbanding mengambil perkhidmatan awam yang lain pastinya akan mengambil masa sedikit.
Info menarik mengenai laluan baru KTX ini.
- Laluan baru dari Gyeonggangseon Wonju-Gangneung adalah sepanjang 120.7km dan pembinaannya mengambil masa selama 1 tahun dan 7 bulan.
- 34 terowong dan 53 jambatan baru telah dibina. Salah satu terowong, terowong Daegwallyeong ( Daegwallyeong Tunnel ) di PyeongChang adalah terowong terpanjang di Korea dengan jarak sepanjang 21.7km.
- Kelajuan maksimum KTX adalah 250km / j antara ICN-Gangneung (275km) dan ini akan mengurangkan 5 jam masa perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan kereta api Mugunghwaho.
Stesyen KTX terbaru di bandar-bandar penganjuran Sukan Olimpik
Dunnae Station
- Terletak di Japogok-ri, Dunnae-myeon, Hoengseong-gun, Gangwon-do
- Berdekatan dengan Welli Hill Resort, Phoenix Park dan bandar BBQ bagi Hanu (daging lembu Korea)
Jinbu (Odaeson) Station
- Terletak di Songjeong-ri, Jinbu-myeon, PyeongChang-gun, Gangwon-do.
- Anda boleh turun di stesyen ini jika anda ingin ke Alpensia Ski Resort yang merupakan lokasi bagi upacara pembukaan dan penutupan sukan Olimpik di PyeongChang Olympic Stadium
PyeongChang Station
- Terletak di Jaesan-ri, Yongpyeong-myeon, PyeongChang-gun, Gangwon-do.
- Lebih kurang 10km jaraknya dari Bongpyong-myeon di mana terletaknya buckwheat flower field dan Lee Hyo Seok Cultural Hall
Gangneung Station
- Bertempat di 176, Yongji-ro, Gangneung-si, Gangwon-do.
- Para penumpang yang turun di stesyen ini perlu mengambil shuttle bus untuk ke Gangneung Olympic Park semasa berlangsungnya 2018 PyeongChang Winter Olympic Games.