Pakar risau dengan keadaan mental Yoo Ah In

Pelakon Yoo Ah In baru-baru ini  mencetuskan kontroversi apabila beliau dilihat bertelagah dengan netizen di laman sosialnya dalam beberapa isu seperti sensitiviti umat Islam, sensitiviti atas mendiang Kim Joo Hyuk dan terbaru sekali mengenai perbalahannya tentang isu definisi feminisme dengan pelakon Han Seo Hee sehingga tular sejak kelmarin.

Rentetan daripada itu, seorang pakar psikiatri, Kim Hyun Cul yang sering muncul dalam program MBC’s ‘Infinity Challenge’ membuat kenyataan di laman sosial nya semalam bahawa apabila seseorang tak boleh mengawal perasaan kecewanya, ada kemungkinan besar dia akan menghidap penyakit hypomania. Faktor yang menjurus padanya, katanya, berkait dengan kesibukan jadual bertugas dan lambakan kontrak filem.

“Saya menyeru agensi beliau menghubungi saya dengan segera. Yoo Ah In dikhuatiriti berhadapan dengan kemurungan suatu hari nanti jika tak dirawat dengan segera ,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, beberapa netizen dilihat menyokong isu yang ingin diutarakan Yoo Ah In kerana menyedari niat baik aktor tersebut yang cuba menangkis diskriminasi masyarakat Korea ke atas wanita secara amnya, seperti yang pernah dialami oleh ibu dan adik-beradik perempuannya.Kenal dengan latar belakang Yoo Ah In yang suka berterus terang tanpa berselindung tentang pendiriannya, seorang netizen telah mengulas kenyataan Yoo Ah In sambil tak menafikan kebetulan di sebaliknya.

Sumber: koreaexpose , naver

 

loading...