Drama MBC 20th Century Boy & Girl hampir memecah “rating” terburuk sepanjang zaman pernah dikecapi drama KBS Manhole apabila meraih serendah 1.8% dalam episod 25 ditayangkan pada Isnin lepas, iaitu hanya sekadar melebihi 0.4% rekod “ratings” KBS Manhole. Hal ini sekaligus menjadikan MBC 20th Century Boy & Girl drama ke-2 paling rendah ratings untuk slot penyiar terbesar – KBS, MBC dan SBS bagi tahun 2017 ini. Rekod “ratings” terendah cenel kebel tidak disertakan kerana ianya ditakrifkan sebagai “pay-per-view” yakni tidak merangkumi kesemua lapisan penonton di Korea.
Salah satu sebab berlakunya kejadian berkenaan adalah disebabkan tindakan drastik diambil pihak penyiar MBC yang mengubah tayangan ikut sesuka hati. Pada asalnya, MBC terpaksa menayangkan empat episod terakhir pada minggu ini jua kerana demonstrasi pekerja berpanjangan pada akhir October lepas. Oleh sebab belum lagi bersedia untuk menyiarkan drama seterusnya, MBC telah mengubah balik jadual tayangan yakni episod terakhir (29 – 32) disiarkan pada 27 dan 28 November sebaliknya. MBC turut menukar slot tayangan drama berikutnya, “I am Not a Robot” lakonan Yoo Seung Ho dan Chae So Bin dengan “Two Cops” gandingan Jo Jung Suk dan Hyeri.
MBC 20th Century Boy and Girl yang dibintangi oleh Kim Ji Suk, Han Ye Seul, Ryu Hyun Kyung, Lee Sang Hee dan Lee Sang Woo mengupas tentang kisah cinta 3 sekawan wanita yang berusia 35 tahun yang telah menjalin persahabatan sejak kecil lagi. Drama ini boleh ditonton di cenel astro 394, OH! K HD pada setiap hari Selasa dan Rabu, jam 7.55 pm dengan menggunakan tajuk “Children of the 20th Century”.
Sumber: donga