Figure Skater Julian Yee (MAS) & Tsao Chih-I (TPE) ; Impian Bintang Dream Program Yang Kini Menjadi Kenyataan

Kenali bintang dari Dream Program yang kini impian mereka telah menjadi kenyataan. Berkat kesungguhan serta kegigihan mereka, kini mereka terus mengorak langkah untuk maju ke depan dengan pencapaian yang boleh dibanggakan. Mereka diibaratkan from zero to hero.

Julian Yee Zhi-Jie (Malaysia)

Kini nama Julian Yee semakin meniti dibibir rakyat Malaysia terutamanya. Bukan sahaja kerana beliau telah memenangi Pingat Emas dalam Sukan Sea yang lalu tetapi beliau kini menjadi atlet pertama Malaysia yang bakal beraksi di Sukan Musim Sejuk PyeongChang 2018 bagi acara luncur ais.

BACAJulian Yee, atlet pertama Malaysia layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 

Saya telah dipilih oleh Persatuan Skating Ais Malaysia (ISAM) untuk menyertai 2009 Korean Dream Program di PyeongChang. Saya sangat terinspirasi apabila mengetahui PyeongChang akan menjadi tuan rumah untuk sukan Olimpik pada masa akan datang dan saya berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai figure skating di Korea menerusi Dream Program.

Dengan Dream Program ini, saya juga menyedari bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk adalah satu temasya yang sangat penting dan berprestij. Ianya membuatkan saya mahu berada di sana  di suatu masa nanti.

Siapa sangka, 8 tahun kemudian, segalanya menjadi suatu realiti. Ianya merupakan satu penghormatan bagi saya dan pencapaian terbaik saya untuk dapat memenuhi syarat serta mengambil bahagian di Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, iaitu tempat yang sama dengan Korean Dream Program.Julian Yee

Tsao Chih-I (Taiwan)

Tsao Chih-I merupakan figure skater dari Taiwan dan dilahirkan pada 6 Oktober 1997. Beliau merupakan Juara Kebangsaan 2016 (2016 National Champion). Beliau layak ke segmen akhir lima World Junior Figure Skating Championships dan empat Four Continents Figure Skating Championships.

Kisah beliau ini pernah dipetik dalam ucapan Presiden Moon Jae-in (Presiden Korea Selatan) di Metropolitan, New York.

Saya ingin berkongsi mengenai kisah Tsao Chih-I dari Taiwan. Dia mengalami musim sejuk di Pyeongchang buat pertama kali dalam hidupnya ketika berusia 10 tahun. Kemudian, dia akhirnya jatuh cinta dengan suka figure skate. Kini dia adalah pemain figure skate yang sedang meningkat naik dengan menduduki ranking ke-13 di dunia. Tsao Chih-I menyatakan lawatannya ke Pyeongchang sebagai titik tolak perubahan hidupnya. Saya percaya program yang sangat bernilai ini harus kekal sebagai legasi Pyeongchang dan membawa kepada tradisi Olimpik Musim Sejuk, bagaimana pendapat anda? ” – Presiden Moon.

BACA JUGADream Program : Inisiatif Buat Pelapis Muda Sukan Musim Sejuk

Sumber : IG Julian Yee & IG Tsao Chih-I

loading...