Kim Yoo Jung tak jadi ambil peperiksaan kemasukan universiti

Kim Yoo Jung yang berada di peringkat akhir persekolahan mengambil keputusan untuk tidak menjalani peperiksaan (College Scholastic Ability Test) SAT bagi kemasukan kolej universiti. Beliau dikatakan mahu menumpukan kepada aktiviti-aktiviti seni beliau selaku pelakon.

Pemenang Best Supporting Actress 1st CARI Kdrama Awards ini telah berlakon sejak beliau kecil lagi sehingga nama beliau mekar dikenali terutamanya menerusi drama MBC Moon Embraces The Sun dan KBS Moonlight Drawn By Clouds. Beliau juga sedang menimbangkan drama jtbc Clean With Passion From Now untuk projeknya pada tahun hadapan.

Sumber: mydaily

loading...