Jung Ryeo Won tersengih bak mak lampir dalam KBS Witch at Court

Ma Yi Deum menyoalbalas tertuduh dengan “reverse psikologi” sehingga menyebabkan tertuduh tersebut akhirnya mengaku.

Teringin menonton drama yang menampakkan heroin seorang yang “tak bermaruah” dan “licik” tetapi “hebat” dan “berkarisma”? KBS Witch at Court telah pun menepati permintaan anda dek gambaran dasyat pelantun utama drama ini, yang dilakonkan Jung Ryeo Won dalam memastikan kemenangannya di dalam mahkamah dengan apa cara tak bermoral dilakukannya.

Penulis yang baru saja menonton drama ini agak terkesima dengan lakonan memukau Jung Ryeo Won selaku pendakwaraya Ma Yi Deum. Drama ini telah mengubah persepsi penulis tentang aktress ini yang dahulunya pernah memikat penonton menerusi KBS History of Salaryman. Ma Yi Deum yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil, membesar dengan keadaan yang sukar seterusnya menyebabkannya bertindak dengan cara tersendiri tanpa perlu memikirkan perasaan orang lain bagi memastikan impiannya tercapai.

Ma Yi Deum mengambil alih tugas sebagai pelapor kes daripada seniornya.

KBS Witch at Court bermula dengan “flashback” selama 20 minit tentang bagaimana ibunya hilang sebelum membawa penonton melihat Ma Yi Deum bersungguh-sungguh mendapatkan kredit atas hasil usahanya menjejaki suspek kes yang didakwanya. Biasanya, pendakwaraya yang senior akan melaporkan liputan kes semasa sesi sidang media walaupun mereka bukan pendahulu kes tersebut. Tetapi, kerana tak berpuas hati bahawa dirinya bukan pelapor kes tersebut, Ma Yi Deum terlebih dulu bertindak pantas, dengan mendedahkan rahsia di kalangan pihak media supaya mereka boleh menanya secara terus semasa sesi sidang media. Pendakwaraya senior yang tidak ketahuan tentang hal ini, terpaksa melepaskan pada Ma Yi Deum untuk melaporkan pada pihak media. Akhirnya, Ma Yi Deum mendapat kredit hasil usaha dilakukannya dengan cara tak terlintas pada pemikiran seseorang pendakwaraya akan lakukan. Ia sekaligus memotong hierarki yang ditanam sejak zaman berzaman dalam kalangan mereka yang bergelar penjawat awam, yang penting Ma Yi Deum berhak menggapai segala apa yang diimpikannya.

Tidak cukup dengan itu, Ma Yi Deum sekali lagi menggemparkan mahkamah apabila perbicaraan yang sepatutnya dilakukan secara tertutup telah disensasikan dengan isu peribadi melibatkan plantif semasa perbicaraan kes rogol. Asalnya, pihak pendakwaraya bersetuju dengan plantif bahawasanya mereka akan memfokuskan kepada dakwaan rogol tersebut terhadap defendan dengan bukti sedia ada tanpa perlu mendedahkan perlakuan peribadi plantif.

Ma Yi Deum dan Yeo Jin Wook bersama-sama sebagai kumpulan pendakwaraya.

Sepanjang perbicaraan, Ma Yi Deum hanya tersengih kerana hala tuju perbicaraan mahkamah seolah-olah berada dalam perancangannya. Sehinggalah dia habis menyoal plantif dengan soalan-soalan kontroversi, penulis berasakan sesuatu tak kena dengannya. Pasti ada sesuatu yang disorokkannya seperti juga dirasai oleh pendakwaraya Yeo Jin Wook (Yoon Hyu Min) yang turut sama menyertai perbicaraan kes tersebut. Kemudian, pihak pembelaan pula menyoal plantif kali ini dengan isu peribadinya. Terkejut, plantif akhirnya terpaksa mengaku. Defendan merasakan dia telah menang kes tersebut lalu tersenyum. Namun, apabila tiba masa Ma Yi Deum menyoal defendan pula, Ma Yi Deum mengeluarkan “pandora box” nya.

Di sini lah bermulanya “twist” apabila Yeo Jin Wook teringat kembali ketika dia meminjamkan telefon bimbitnya kepada Ma Yi Deum, rupanya digunakannya untuk mengaburi perhatian pihak pembelaan. Ma Yi Deum telah mendedahkan perihal peribadi plantif kepada pihak pembelaan dengan harapan mereka menyoal balas tentang hal berkenaan. Sekali umpannya mengena. Ma Yi Deum yang tanpa segan silu, terus mengeluarkan bukti yang tak dapat disangkalkan lagi menyebabkan mereka menang terus dengan sekali perbicaraan. (Penulis sengaja tak menceritakan secara “detailed” untuk mengelakkan “spoilers”. Jadi, penonton sendiri perlu tengok apa yang berlaku)

Ma Yi Deum tersenyum puas mengenangkan perancangannya menjadi.

Yeo Jin Wook yang terkejut mahu mendapat penjelasan daripada Ma Yi Deum. Ma Yi Deum lantas berkata , “Aku pendakwaraya , bukannya peguambela”. Episod ke-2 berakhir dengan adegan Ma Yi Deum keluar daripada pintu mahkamah dan dikerumuni oleh wartawan.

Penulis masih teringat-ingat lagi akan sengihan “jahat” Ma Yi Deum. Seorang bomoh ketawa besar apabila jampinya mengena, begitulah gambaran dapat disaksikan ke atas Ma Yi Deum dalam drama ini.

KBS Witch at Court disiarkan setiap Selasa dan Rabu jam 8.55 malam dan boleh ditonton melalui cenel astro 391 / 392 KBS World.

Jom saksikan sedutan menarik di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=VKcB8uHdA0g

 

loading...