Buat pertama kalinya, “While You Were Sleeping” telah mengatasi “Hospital Ship” untuk menjadi drama No-1 bagi slot drama Rabu-Khamis.
Pada 6 Oktober lalu, Nielsen Korea telah mengeluarkan rating penonton untuk drama yang disiarkan pada malam 5 Oktober. Drama SBS “While You Were Sleeping” mencatat purata 7.9 peratus dan 8.9 peratus di seluruh negara. Walaupun tidak mencapai 10 peratus seperti yang diharapkan, ini kali pertama ia telah mengatasi drama “Hospital Ship.”
Episod yang disiarkan malam itu menampilkan adegan romantis (ciuman) antara Lee Jong Suk dan Suzy dalam mimpi mereka, dan ini mungkin menyumbang kepada rating yang tinggi.
“Hospital Ship” mencatatkan rating sebanyak 7.1 dan 8.3 peratus. Manakala drama special KBS “Kang Duk Soon’s Love History” yang dibintangi oleh bekas ahli kumpulan I.O.I iaitu Kim Sohye, mencatatkan rating sebanyak 2.9 peratus.
info :
- While You Were Sleeping ditayangkan di ONE pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.
- Hospital Ship ditayangkan di OH!K HD pada setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 7.55 malam. OH!K HD boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.
Sumber : isplus