Sunghoon menemui peminat di Abu Dhabi hari ini

Wow! Aktor Sunghoon diberitakan mengadakan pertemuan bersama peminat beliau di Abu Dhabi pada hari ini, 6 Oktober di Al Jaheli Theater.

Beliau merupakan Aktor Pertama Asia yg akan mengadakan pertemuan bersama peminat di negara tersebut.

Lakonan romantik beliau didalam drama “My Secret Romance” benar-benar telah berjaya menawan hati ribuan penonton wanita, baik di negara beliau sendiri mahupun di negara luar Korea Selatan.

Malah, sesi bertemu peminat beliau juga telah diatur di beberapa negara seperti di Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Japan, USA dan juga termasuk negara kita, Malaysia pada 28 October nanti.

Sesi pertemuan peminat akan dibuat di KLCC Plenary Hall pada jam 7.00 petang, 28 October ini. Ianya dianjurkan oleh pihak Korean Tourism Organization (KTO) dengan kerjasama IME Asia sempena untuk mempromosikan budaya korea dan negara Korea Selatan sebagai destinasi perlancongan oleh rakyat Malaysia.

video khas buat peminat beliau di sana.

https://www.youtube.com/watch?v=m7JGV10H7vY

loading...