Sekuel jtbc Age of Youth ternyata lebih baik

Kebanyakan yang menonton drama ini bersetuju bahawa musim kali ini mempunyai jalan cerita yang agak menghiburkan berbanding sebelumnya dengan penambahan variasi komedi serta garapan perwatakan yang lebih menarik. Hanya segelintir yang kurang berpuas hati tentang penukaran pelakon yang membawa watak yang sama, Yoo Eun Jae iaitu daripada Park Hye Soo kepada Ji Woo kerana mereka merasakan Eun Jae kemudiannya sengaja berlagak comei tetapi  dungu, berlainan daripada versi asalnya, yang mana seorang yang lurus bendul tetapi disukai. Dalam musim terbaru ini pula, watak Kang Yi Na (Rwu Ha Young) digugurkan dan digantikan oleh Jo Eun (Choi A Ra) yang tinggal di bilik didiami Kang Yi Na sebelum ini. Kang Yi Na  hanya muncul sekali-sekala mengunjungi mereka. Lakonan Park Eun Bin selaku Senior Song Ji Won juga dipuji, malah lebih baik daripada musim pertama.

Menurut kdramapal, Age of Youth 2 berjaya meraih jumlah “trending” tertinggi di media sosial memotong SBS Temperature of Love dan OCN Save Me ke belakang dengan peratusan “trending” sebanyak 10.7%.  Rating saban minggu juga konsisten berada dalam 2% hingga 3 % , malah lebih tinggi daripada musim pertama.

Age of Youth 2 mengisahkan tentang ragam hidup lima orang gadis bujang yang tinggal serumah, bagaimana interaksi antara mereka menjadi fokus utama drama ini. Musim pertama  sebelum ini berjaya meraih 2 pencalonan 5th CARI Kdrama Awards dalam kategori Drama of The Year dan Best Actress menerusi pelakon Han Hye Ri. Age of Youth 2 disiarkan menerusi cenel jtbc setiap Jumaat dan Ahad.

Sumber: kdramapal

 

loading...