TOP 30 Selebriti Korea paling berpengaruh tahun 2017 : Song Kang Ho di tempat pertama, Wanna One no. 2

Jika senarai top 30 tahun lepas meletakkan Song Joong Ki di tangga pertama, kali ini mereka menamakan Song Kang Ho pula. Song Kang Ho menyerlah dengan filem A Taxi Driver yang meraih box office tertinggi pada tahun ini dan beberapa kali mendapat nominasi dalam kategori Best Actor.

Wanna One pula menduduki di tangga ke-2. Kumpulan yang ditubuhkan melalui program realiti tv, Produce 101 ini baru saja debut pada tahun ini dan sudah membuktikan popularitinya. Kemunculan Wanna One menjadi rebutan  di agensi penyiaran tv seperti KBS, SBS,MBC dan juga tvN selain single dan album mereka yang agak laris. Selain Wanna One, penyanyi solo Lee Hyori dan kumpulan BTS juga berjaya merebut tempat di tangga 10 ke atas. BTS sangat popular di luar negara sehingga meraih anugerah TOP Sosial Media Artist BillBoard baru-baru ini manakala Lee Hyo Ri pula tampil di hujung minggu menerusi program realiti “Hyori’s Home Stay” sehingga meraih rating tertinggi cenel jtbc.

Pelakon  Gong Yoo pula menduduki di tangga ke-8 membuktikan pengaruhnya yang besar melalui drama tvN Goblin.  Dua orang penulis skrip drama turut tersenarai dalam top 10 antaranya, Kim Eun Sook, penulis tvN Goblin serta Baek Mi Kyung, penulis kedua-dua drama jtbc paling popular, Strong Woman Do Bong Soon dan Woman of Dignity.

Senarai ini diundi oleh 150 orang, yang mana 50 daripadanya adalah penggiat seni daripada produser tv, pemuzik, pengarah, pelakon, penyanyi dan seumpamanya.

Berikut adalah senarai top 30 untuk tahun ini:

1. Song Kang Ho – 248 markah
2. Wanna One – 219 markah
3. Sohn Suk Hee (president jtbc) – 196 markah
4. Na Young Suk (PD berpengaruh daripada CJ E&M) – 184 markah
5. Kim Eun Sook (penulis skrip tvN Goblin) – 183 markah
6. Lee Hyori – 123 markah
7. BTS – 93 markah
8. Gong Yoo – 80 markah
9. Bong Joon Ho (pengarah filem) – 47 markah
10. Baek Mi Kyung (penulis skrip jtbc Woman of Dignity) – 45 markah
11. Lee Soo Man – 41 markah
12. Kang Ho Dong – 36 markah
13. Lee Sang Min – 32 markah
14. Rhyu Si Min (penulis filem) – 29 markah
15. Yoon Jong Shin – 28 markah
15. Yang Hyun Suk – 28 markah
17. Kim Hee Sun – 27 markah
18. Yoo Jae Suk – 25 markah
19. Lee Soo Yeon (penulis skrip tvN Secret Forest) – 24 markah
20. TWICE – 22 markah
21. Yoo Jung Hoon (CEO  Showbox) – 21 markah
22. Shin Hyung Kwan (presiden CJ E&M Mnet dalam bidang ‘Content Business’ ) – 20 markah
23. Kim Sung Soo (CEO CJ E&M) – 19 markah
23. Kim Gura – 19 markah
24. Ahn Joon Young (PD CJ E&M ) – 17 markah
25. Moon Jae In (presiden Korea Selatan) – 16 markah
26. Kim Tae Ho – (PD MBC) – 14 markah
27. Yoo Hae Jin- 12 markah
28. Park Seo Joon – 11 markah
29. IU – 10 markah
29. Seo Jang Hoon – 10 markah

Manakala di bawah ni pula, senarai top 30 tahun lepas:

Sumber: joins

loading...