Lee Jong Suk Dan Yoon Kyun Sang Reunion di 3 Meals A Day

Selepas hampir empat tahun tidak menglibatkan diri dalam mana-mana variety show, Lee Jong Suk tampil dalam rancangan ‘Three Meals a Day -Seaside Ranch’ special untuk tayangan tvN . Menerusi agensi Lee Jong Suk, YG Entertainment rakaman beliau di Deukryang Island telahpun selesai pada 4 September yang lalu dan ini mengesahkan Jong Suk bakal muncul dalam episode The Meals A Day kelak.

Ramai peminat terkejut mendengar  berita bahawa Lee Jong Suk akan muncul dalam rancangan variety tersebut, kerana pelakon ini terkenal sebagai homebody. Kali terakhir beliau melibatkan diri dalam rancangan variety adalah menerusi rancangan variety Running Man (SBS) pada Januari 2014.

salah satu scene dalam drama Pinocchio

Kemunculan beliau dalam rancangan tersebut memperlihatkan penyatuan semula Lee Jong Suk dan Yoon Kyun Sang yang sememangnya bersahabat baik. Keduanya pernah bergandingan sebagai adik dan abang menerusi drama Pinocchio sekitar tahun 2015. Untuk pengetahuan juga Yoon Kyun Sang juga bakal buat kemunculan istimewa dalam drama terbaru Lee Jong Suk “While You Were Sleeping” yang akan mula bersiaran pada 27 September ini.

Three Meals A Day – Seaside Ranch

Keakraban serta ‘chemistryLee Jong Suk dan Yoon Kyun Sang sememangnya telah dijangkakan oleh para peminat. Akan tetapi ramai peminat tidak sabar untuk menyaksikan momen-momen ‘akward’ dan mungkin juga mencuit hati apabila Lee Jong Suk bergandingan bersama pelakon senior Eric Moon dan juga Lee Seo Jin. Episode yang menampilkan Lee Jong Suk ini akan bersiaran sekitar bulan September ini.

Three Meals A Day- Seaside Ranch bersiaran di saluran Astro tvN (Ch 395) setiap Sabtu jam 9 malam.

Sumber : 1

 

loading...