Bagi sesiapa yang belum ketahui lagi, Park Shi Hoo akan buat kemunculan semula dalam drama hujung minggu KBS berjudul ,”My Golden Life’. Ini merupakan penampilan pertama Park Shi Hoo dalam cenel KBS sejak drama hit nya, KBS Princess’s Man pada 6 tahun yang lepas.
Dalam satu sidang media bertempat di Time Square, Seoul, Park Shi Hoo telah menyatakan kekesalannya tentang skandal perlakuan seks yang berlaku sebelum ini.
“Saya meminta maaf atas kekhilafan yang saya lakukan.Saya akan lakukan yang terbaik supaya bos, rakan-rakan selebriti dan juga penonton yang masih mempercayai saya tidak lagi bimbang”
Pelakon yang pernah tercalon Best Actor CARI Kdrama Awards ini menerusi SBS Alice Cheongdamdong telah dituduh salah laku seks sebelum ini sehingga menjejaskan nama baiknya bertahun-tahun. Park Shi Hoo cuba berkecimpung semula dalam industri hiburan korea namun usahanya tampak tak berhasil sehinggalah produksi KBS membenarkan beliau membintangi KBS My Golden Life.
KBS My Golden Life berkisarkan tentang pengalaman yang dihadapi seorang wanita yang tak punyai wang harta dan selalu bernasib malang.
Sumber: huffington