Berakhir Sudah Hubungan antara Lee Joon Gi Dan Jeon Hye Bin

Pada 25 Ogos, secara rasminya hubungan antara pelakon Lee Joon Gi dan Jeon Hye Bin sudah berakhir.

Sumber dalaman berkata mereka berpisah disebabkan oleh jadual sibuk mereka dan kerana itu mereka menjadi jauh dan memutuskan hubungan mereka . Selain itu, sumber itu berkata kedua – dua pelakon ini akan terus menyokong satu sama lain sebagai rakan sekerja. Agensi mereka telah mengesahkan perpisahan mereka dan sebabnya.

Pasangan itu sebelum ini telah mengesahkan hubungan mereka pada bulan April. Mereka berdua menjadi rapat setelah bekerja bersama dalam drama “Gunman in Joseon” pada 2014 dan mula pada bercinta pada tahun 2016 mengikut agensi mereka.

Lee Joon Gi kini sedang sebuk dalam drama TvN “Criminal Minds” manakala Jeon Hye Bin sedang berlakon dalam “Distorted” untuk saluran SBS.

loading...