Jung Joon Young, Choi Jong Hoon & lain-lain telah disabitkan hukuman penjara bermula hari ini

Kedua-dua penyanyi kelahiran Korea yang terbabit di dalam skandal rantaian seks Burning Sun, Jung Joon Young dan Choi Joong Hoon (bekas ahli FT Islands) masing-masing telah dijatuhkan penjara sehingga 6 tahun dan 5 tahun setelah didapati bersalah oleh mahkamah  di atas perbuatan merogol mangsa beramai-ramai.

Kedua-dua mereka juga dikehendaki menjalani program pemulihan seks selama 80 jam selain dilarang untuk bekerja dengan organisasi yang menguruskan kanak-kanak dan remaja selama  5 tahun. Bagaimanapun, hakim Kang Seong Soo yang menyampaikan keputusan itu sebentar tadi menolak permintaan pihak pendakwaraya untuk mengkehendaki mereka menjalani hukuman berikut di bawah pengawasan penyelia bertauliah. Selain Choi Jong Hoon dan Jung Joon Young, tiga lagi pelaku lain termasuklah abang Yuri SNSD turut dijatuhkan hukuman. 

Sebelum ini, pihak pendakwaraya dilaporkan mahu hukuman berat tersebut dikenakan selepas mengambil kira tentang pengakuan kedua-duanya selain kegagalan mereka untuk menyelesaikan tuntutan dengan mangsa.

Jung Joon Young disyaki telah menyebarkan lebih 11 video dan gambar lucah mangsa pada sekitar tahun 2015 sehingga 2016 menerusi laman ‘chatroom’ KakaoTalk di mana Choi Jong Hoon dan Seungri (mantan kumpulan Big Bang) pernah berada sebagai salah seorang ahli ‘chatroom’ itu. Penemuan tersebut membawa kepada bermulanya pendedahan terhadap kes salah laku seksual Jung Joon Young.

Sumber: newsen, newsis, donga

loading...