Jika ini terjadi, ianya merupakan satu gabungan yang sangat hebat. Pengarah hebat dari drama Signal, Misaeng, Monstar dan Sungjyunkwan Scandal (Kim Won Seok) kini dikhabarkan sedang berbincang dengan penulis drama hit Oh Hae Young Again (Park Hae Young) untuk membikin drama beliau yang akan datang. Untuk pengetahuan, drama-drama mereka berdua menjadi satu revolusi kejayaan Kdrama bagi saluran TVN. Jadi pasti ramai yang boleh membayangkan hasilnya jika keduanya berkoloborasi bersama. Ianya pasti luar biasa!
Bagaimanapun, menurut sumber dari TVN, perbincangan ini masih diperingkat awal, jadi tiada lagi sebarang perkembangan lanjut mengenainya. Projek drama terbaru Park Hae Young dijadualkan bersiaran pada 2018 di saluran TVN.
Nota tambahan :
- Menerusi Anugerah Cari KDrama 2016, Kim Won Seok telah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi drama Signal. Beliau juga memenagi anugerah yang sama melalui drama Misaeng pada Cari KDrama 2014. Drama Signal ini juga telah memenangi anugerah Drama Of The Year.
- Drama Oh Hae Young Again juga berjaya meletakkan diri mereka di beberapa pencalonan kategori utama sekaligus menyaksikan penulisan Park Hae Young dapat menarik perhatian penonton.
- Untuk keputusan penuh, anda boleh rujuk Anugerah Cari KDrama 2016 dan Anugerah Cari KDrama 2014.
source : OSEN