Hangat!! Hangat!! Penyanyi daripada kumpulan kpop Big Bang, T.O.P atau nama sebenarnya, Choi Seung Hyun telah ditangkap menyalahgunakan dadah jenis marijuana. Jabatan Narkotik Seoul, mengadakan ujian saringan ke atas sampel rambut penyanyi ini dan didapati positif dadah. Beliau didapati menghisap dadah sejak October 2016.
Polis telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan pendakwaraya untuk mendakwa T.O.P di atas kesalahan menyalahguna dadah merbahaya.
Pihak pengurusan T.O.P, agensi hiburan YG, mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada semua orang.
“T.O.P mengaku mengambil bahan terlarang itu. Sepanjang disiasat polis, T.O.P tidak menafikan sebaliknya mengaku dan betul-betul kesal dengan perbuatan tersebut.”
Sumber: donga.com