Persaingan drama memang tak dapat dielakkan. Drama saeguk terbaru MBC, Ruler: Master of Mask menunjukkan peningkatan mendadak menerusi kedua-dua episod yang disiarkan drama tersebut semalam. Episod 1 MBC Ruler: Master of Mask mencatatkan sebanyak rating 9.7% sebelum melonjak kepada 11.6% dalam episod 2 manakala SBS Suspicious Partner kekal dalam ~6% rating walaupun kedua-dua episod ditayangkan sekaligus. KBS Mystery Queen yang selama ini menguasai slot Rabu dan Khamis, jatuh di tempat ke-2 di bawah MBC Ruler: Mater of Mask dengan rating dikecapi 8.7% berbanding 10% ke atas sebelum ini.
MBC Ruler: Master of Mask mengisahkan tentang putera mahkota Joseon bernama Lee Sun yang menyamar sebagai penyangak bertopeng untuk membasmi kegiatan jahat kumpulan berpengaruh di zamannya. SBS Suspicious Parner pula menampilkan Ji Chang Wook sebagai pendakwaraya yang “cheeky” bekerjasama dengan graduan undang-undang untuk menjejaki pembunuh bersiri amnesia (dilakonkan Dong Ha). Ratings disediakan oleh AGB nielsen korea.
Sumber: AGB Nielsen