Pendedahan PANAS!!! Mungkinkah Kang Dong Won ummah kunyit??

Beberapa portal media dikejutkan dengan pendedahan daripada wartawan Dispatch bahawa pelakon Kang Dong Won dan model lelaki, Bae Jong Nam sedang dilamun cinta. Mereka berdua dilihat sedang berjalan keluar dan masuk dari bar  terkemuka di Itaewon, Seoul.

Kang Dong Won, pernah mengaku dalam temuduga dengan media pada akhir tahun lepas bahawa hanya dua orang selebriti yang paling rapat dengan dirinya, iaitu pelakon Kim Won Bin yang dikenalinya menerusi penggambaran filem Masters manakala Bae Jong Nam pula sewaktu dia bergerak aktif sebagai model. Daripada gambar-gambar yang diambil oleh wartawan Digest, mereka dilihat sedang berbual sekejap sebelum mereka ditunjukkan pengurus masing-masing menaiki kereta pulang. Gambar diambil pada tengah malam 29 April, 2017.

Dari pengamatan penulis, mungkin mereka hanya datang ke kelab bar sebagai kawan karib yang rapat walaupun Bae Jong Nam pernah dikaitkan dengan kecenderungan seksual terhadap lelaki sebelum ini. Kang Dong Won diketahui sebagai seorang yang perahsiah dan tak pernah dikaitkan dengan mana-mana selebriti wanita sebelum ini. Pengakuannya yang hanya rapat dengan selebriti lelaki menambahkan lagi prasangka pihak media terhadapnya. Bagi sesiapa yang tak mengenali Kang Dong Won, dia pernah membintangi drama 1% of Anything sebelum diadaptasi semula pada tahun lepas dan lakonannya dalam filem Secret Union mendapat kritikan positif sehingga meraih beberapa nominasi di anugerah terkemuka di Korea.

Sumber: Dispatch

loading...