Taecyeon 2PM Teruja Untuk Memasuki Military Service

Taecyeon 2PM akan menjadi ahli yang pertama daripada kumpulan itu untuk dipanggil memasuki tentera, Taecyeon memilih untuk berkhidmat dalam tugas aktif dan bukannya perkhidmatan awam.

Ahli-ahli kumpulan 2PM ini sudah mencapai usia di mana mereka perlu berfikir untuk memasuki ‘Military Service’ . Taecyeon dan Jun.K kedua-duanya dijadualkan memasuki tentera pada tahun ini. Taecyeon telah pergi ke ujian kemasukan dan sedaya upaya untuk memastikan dia boleh mengambil bahagian di dalam tugas aktif dan telah dipuji kerana dedikasi beliau kepada negara.

Semasa Taecyeon menyertai 2PM, Taecyeon pemegang ‘United State Green Card’ itu bermakna Taecyeon adalah penduduk tetap di Amerika Syarikat. Untuk pemegang ‘Green Card’ mereka dikecualikan dari berkhidmat dalam tentera. Walau bagaimanapun, pada tahun 2010, Taecyeon secara sukarela telah menyerahkan ‘Green Card’ itu semula untuk menetap di Korea Selatan dan memasuki tentera.

“Taecyeon has told us he wanted to serve in active duty. So back on October 1, 2010, we submitted the documents [to give up his green card]. Taecyeon told us that he is eager to serve in active duty and wants to be re-examined.”

– JYP Entertainment –

isu-isu kesihatan Taecyeon sebelum ini hanya melayakkan dia sebagai pekerja perkhidmatan awam. Pada tahun 2008, Taecyeon diklasifikasikan sebagai tidak layak memasuki tentera kerana mempunyai masalah ‘herniated disk’ dan penglihatan matanya yang kurang (Rabun yang teruk)

Dia membetulkan penglihatan matanya dengan menerima pembedahan Lasik untuk kmemastikan kelayakan untuk memasuki tentera pada 2016. Beliau juga telah menerima pembedahan belakang pada tahun 2012 untuk membaiki ‘herniated disk’ beliau. Pada tahun 2012, beliau mengalami kemalangan di jepun dimana tanganya patah tetapi beliau memilih hanya untuk memasukkan ‘Pin Matel’ di bahagian yang patah tersebut dan telah mengeluarkannya pada tahun 2013.


Taecyeon di Vision Center B & VIIT di mana beliau mendapat pembedahan LASIK beliau.

Selepas melakukan semua itu, Taecyeon akhirnya akan berkhidmat sebagai Tentera dibahagian yang aktif. Ahli-ahli 2PM yang tidak memasuki tentera akan mempromosikan aktiviti seni mereka secara individu. Junho dan Chansung akan aktif mempromosikan aktivitinya didalam bidang lakonan dan Wooyoung memberi tumpuan di Jepun sebagai artis solo.

loading...