Hang Li Po muncul dalam Saimdang?

Siapa sangka intipati sejarah yang terkandung dalam Sejarah Melayu, atau dikenali sebagai Sulalatus Salatin disebut dalam drama SBS Saimdang. Mengikut Sejarah Melayu, sebagai menghargai hubungan diplomatik yang baru terjalin antara Empayar dinasti Ming China dengan Melaka pada masa itu, Empayar dinasti Ming China telah menghantar rombongan meminang yang diketuai oleh Laksamana Zheng He atau Cheng Ho. Rombongan ini berhasrat untuk mengahwinkan puteri Maharaja Yong Le, Hang Li Po kepada Sultan Mansur Syah.

Seramai lebih seratus orang yang berketurunan cina dibawa daripada Nanjing dan Beijing ketika itu. Hasilnya, keturunan mereka beranak-pinak menjadi cina peranakan Baba Nyonya yang dapat kita lihat di Melaka pada hari ini. Anehnya, sejarah China tidak tercatit nama Hang Li Po di dalam senarai putera puteri kepada Maharaja Yong Le tetapi ada menyebut kedatangan rombongan Melaka ke China untuk mengikat hubungan diplomatik.

Berbalik pada drama Saimdang tadi, Lee Gyeom (Song Seung Hun) yang baru pulang daripada pengembaraannya merentasi sempadan China telah menyatakan kewujudan empayar Kesultanan Melaka di mana dia mendapat khabar berita bahawa rombongan China ke Melaka pada masa itu telah membentuk komuniti Baba Nyoya. Lee Gyeom juga meyakinkan mereka terdapat satu empayar yang lebih hebat daripada dinasti Ming China yang mana orang-orangnya memiliki mata berwarna biru, kemungkinan  empayar Byzantine yang dimaksudkannya. Lee Gyeom menunjukkan kepada mereka sejenis rempah ratus yang diperolehinya di Jalan Sutera yang didakwa lebih mahal daripada emas.

Anda boleh lihat petikan adegan tersebut di minit ke-50 dalam episod ke-19 drama berkenaan.  Selamat menonton!

loading...