Yoo Ah In nampak seperti penyangak dalam Chicago Typewriter

Dalam teaser dikeluarkan tvN baru-baru ini, Yoo Ah In tampil dengan pakaian  menampakkannya seolah-olah seorang penyangak dengan tiga versi rupa berbeza. Yoo Ah In yang pernah tercalon Best Actor dalam CARI K drama Awards sebelum ini, membawakan watak sebagai Han Se Jo, seorang penulis novel terkenal. Dia menggunakan khidmat penulis bayangan (‘ghostwriter’), Yoo Jin O yang dilakonkan Go Jung Pyo untuk menghasilkan novelnya.

Saban hari, namanya kian popular. Privasinya sering diselongkar kerana sesetengah peminatnya berasakan dia seorang yang tampan. Peminat dan pembenci pula masing-masing bertikam lidah sehingga ada antara mereka bertukar daripada meminatinya kepada membencinya, salah seorangnya ialah Jun Sol, seorang pakar veterinar dilakonkan oleh aktres Im So Jung.

Plot cerita dikatakan menarik apabila ketiga-tiga mereka adalah roh yang dijelmakan semula daripada tiga karakter yang sama hidup pada zaman semenanjung Korea diduduki oleh Jepun. Ini merupakan penampilan baru Yoo Ah In sejak ‘Six Flying Dragon’ manakala Im Soo Jung pula sejak ‘I’m Sorry I Love You’.

Chicago Typewriter ditulis oleh Jin Soo Wan, 2 kali calon Best Screenplay CARI K Drama Awards – Moon Embraces The Sun & Kill Me Heal Me. Drama nukilannya, Kill Me Heal Me dinobatkan Drama of The Year pada 4th CARI Kdrama Awards. Drama ini akan ditayangkan pada slot Jumaat-Sabtu selepas Tomorrow With You bermula awal bulan 4 ini.

 

loading...