Seorang ahli kumpulan K-POP popular disiasat kerana dadah
Portal media Korea melaporkan bahawa seorang ahli kumpulan idol Korea yang terkenal kini sedang disiasat polis kerana dadah. Pada 16 Mei, Polis Seocho mendedahkan penyanyi idol berkenaan didapati negatif dalam ujian pengesanan penyalahgunaan dadah dalam air kencing. Walau bagaimanapun, mereka merancang untuk menghantar sampel air kencing dan rambut ke Perkhidmatan Forensik Negara untuk pemeriksaan yang lebih tepat….