Ha Yun Kyung dan Yoon Kyun Sang Kongsi Cabaran Membintangi Drama Sejarah ‘Sacred Jewel’
Drama sejarah Sacred Jewel bukan sahaja membawa penonton menyaksikan misi berbahaya untuk mendapatkan artifak suci, malah mengetengahkan perjalanan sekumpulan watak yang berdepan pelbagai cabaran demi mencapai matlamat masing-masing. Berlatarbelakangkan tahun 1258 ketika era Dinasti Goryeo, kisahnya mengikuti sebuah pasukan ekspedisi yang mencari Avalokitesvara Bead, artifak yang dipercayai memiliki kuasa untuk melindungi negara daripada ancaman Mongol….