MYst, kumpulan kpop terbaru yang terpaksa ‘debut’ ketika Covid-19 tengah memuncak di Korea

Industri kpop tidak akan sunyi dengan kehadiran kumpulan-kumpulan kpop baru bak cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap tahun, puluhan kumpulan baru akan ditubuhkan demi memastikan kelangsungan hallyu selain menggalakkan persaingan di dalam pasaran muzik tempatan dan memperbanyakkan bakat baru. Namun, perancangan untuk melancarkan kumpulan terbaru lagi terpaksa ditangguhkan oleh kebanyakan agensi ekoran penularan wabak virus corona,…

Read More

Lee Yi Kyung, berjaya selamatkan seorang lelaki daripada cubaan membunuh diri di atas jambatan

Lee Yi Kyung, pelakon yang dikenali atas lakonannya di dalam kdrama, telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada cubaan membunuh diri dalam satu kejadian yang berlaku di jambatan Hannam, Gangnam, Seoul. Seorang saksi mendakwa pada 19 Mac yang lalu, dia ternampak seorang lelaki di dalam keadaan mabuk cuba melompat ke arah lori yang sedang bergerak laju…

Read More

EXID di ambang penguburan setelah LE tinggalkan Banana Culture ikuti jejak langkah empat ahli yang lain

Banana Culture Entertainment, agensi yang menguruskan EXID sejak tahun 2016 lagi kehilangan satu-satunya ahli kumpulan yang terakhir, LE atau nama sebenarnya Ahn Hyo Jin setelah penyanyi rap itu mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan kontrak bersamanya. LE mengesahkan pembatalan kontrak tersebut di laman instagramnya, “Saya telah batalkannya setelah berunding dengan baik dengan agensi.” Hani dan…

Read More

Reaksi pantas Jimin BTS lindungi budak lelaki ini daripada sinaran mentari dapat pujian daripada netizen

Jimin BTS menerima pujian daripada netizen setelah perbuatannya melindungi budak lelaki yang berlakon bersama-samanya di dalam pembikinan video klip ON diketahui secara meluas. Dakwa seorang saksi di tempat kejadian yang juga merupakan seorang pelakon, Lina Johnson, Jimin BTS begitu bimbang dengan keadaan budak tersebut selepas mendapat tahu dia tidak boleh berada di bawah sinaran mentari…

Read More

IU dikecam kerana tidak sensitif dengan Covid-19 & kes telegram Nth Room, agensi segera ambil tindakan tegas

Niat baik IU untuk berkongsi tentang perihal terkininya telah mengundang kecaman daripada sesetengah netizen kerana dikatakan tidak sensitif kepada bahaya penularan wabak virus Covid-19 dan kes telegram Nth Room yang mendapat liputan meluas di Korea. Kemaskini di instagram tentang sesi fotografi bersama majalah W Korea telah ditangkap layar dan dibahaskan di suatu laman komuniti forum…

Read More

Lee Jong Hyun selesai berkhidmat dengan ketenteraan; mungkinkah akan ada satu pertemuan lagi bersama CNBlue pula?

Lee Jong Hyun telah pun selesai menjalani khidmat ketenteraannya secara rasmi hari ini selepas diberikan perlepasan lebih awal akibat penularan wabak virus corona, Covid-19 sebelum ini. FNC Entertainment mengesahkannya dengan menjelaskan tempoh berkhidmat anak buahnya telah dipendekkan kepada 1 tahun dan 7 bulan sejak menyertainya pada Ogos 2018. Bagaimanapun, FNC Entertainment tidak menyatakan perancangan Lee…

Read More

Menyeramkan, penjenayah gila seks Nth Room ini juga sedang buru mangsa-mangsanya dari kalangan idol & pelakon

Beberapa selebriti Korea tampil membuat dakwaan bahawa mereka memang diekori atau sekurang-kurangnya telah diikuti oleh penjenayah gila seks Nth Room ini, Cho Joo Bin di laman sosial masing-masing. Identiti sebenar penjenayah tersebut telah didedahkan secara terbuka menyebabkan namanya mendapat carian tertinggi dan liputan meluas di dalam media sejak semalam.  Maka, instagram miliknya yang dipaparkan secara…

Read More

Sebelum layan video klip ‘2U’, Kang Daniel seru sentiasa basuh tangan & elakkan berjumpa orang dengan lebih kerap

Sejam jam sebelum album CYAN dilancarkan, Kang Daniel menyeru netizen supaya melakukan amalan basuh tangan dalam apa-apa keadaan sekalipun. Mesej tersebut disampaikan menerusi cabang Naver TV , Starsnews sebagai langkah untuk membantu kerajaan Korea membasmi penularan wabak virus corona, Covid-19. “Ramai sekarang tengah bersusah-payah mengelakkan diri mereka daripada terkena jangkitan Corona 19, yang mana tengah…

Read More

Kim Se Jeong Gugudan mahu ajak ITZY & IZ*One berseronok-seronok di rumahnya

Kim Se Jeong menyuarakan hasrat untuk mengajak ITZY dan IZ*One bertandang ke rumah yang baru dibelinya ketika dia dipanggil untuk ditemubual menerusi corong radio MBC FM4U bersama-sama dengan penyanyi rap, Hangzoo pada 24 Mac 2020 semalam. “Semasa saya sedang mempromosikan album terbaru, saya dapat banyak nombor baru daripada kawan-kawan perempuan supaya saya dapat ajak diorang…

Read More