Tiba-tiba pula Fan Bin Bing jatuh sakit

Lumrah bagi seorang selebriti yang berhadapan dengan kontroversi untuk mengelakkan dirinya daripada terus menjadi mangsa cercaan oleh netizen. Setelah selesai membayar denda  sebanyak 4 billion dolar Taiwan kepada mahkamah dengan menggadaikan beberapa unit apartment miliknya, Fan Bin Bing mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka di laman sosial medianya. Hal ini dilaksanakan bagi mengelakkannya daripada ditahan reman…

Read More

BTS akan serbu Malaysia pula selepas ini?

  Pastinya kedatangan BTS ke Malaysia sangat ditunggu-tunggu ribuan peminatnya yang turut digelar sebagai ‘BTS Army’ di Malaysia. BTS berjaya mencetuskan fenomena yang mengagumkan di rantau benua Amerika Syarikat apabila meraih dua kali pengiktirafan no. 1 jualan album tertinggi mengikut carta billboard 200, merangkul dua kali anugerah Social Artist Billboard Music Awards berturut-turut, tercalon dalam…

Read More

“Kami sudah pun berkahwin” – Jo Jung Suk

Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai, Jo Jung Suk dengan wanita yang dikasihinya sejak lebih lima tahun lalu, Gummy. Lima tahun tidaklah terlalu lama bagi kedua-dua mempelai ini untuk mengambil keputusan dalam hidup mereka dalam membina kebahagian hakiki. Agensi JS Company yang mewakili Jo Jung Suk dan C-Jes Entertainment yang mewakili Gummy membuat pengumuman secara serentak…

Read More

Jom ber ‘selfie’ depan cermin & peluang menang percutian ke Korea serta bertemu dengan Jung Hae In!

Wahai cermin ajaib, siapakah yang paling cantik di dunia ini? Masihkah anda mengingati petikan dialog dari cerita Snow White ini? “Magic mirror, on the wall – who is the fairest one of all?” Apa kaitannya dengan tulisan kami, nah, baca selanjutnya di bawah. Perhatian kepada anda yang meminati  kecantikan! Anda ingin menjadi sebahagian daripada rancangan kecantikan…

Read More

Pernah hidup sebagai gelandangan, Yoo Jae Myung mahu maju ke depan

  Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian, begitulah pepatah yang sesuai dapat digambarkan tentang kehidupan penuh pancaroba yang pernah dilalui oleh pelakon Yoo Jae Myung semasa merantau di Seoul sebelum namanya mula dikenali oleh penonton drama. Mengenang kembali kisah silam, Yoo Jae Myung pernah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan wang kocek bagi menampung hidupnya sebagai pelakon teater…

Read More

KDrama lakonan Lee Min Ki, Jang Hyuk, Seo In Guk, Lee Je Hoon, Kim Hee Sun, Bae Doo Na akan berentap Oktober ini

Annyeong Yorobun, We are back again. Kali ini kami berikan pilihan kepada korang beberapa drama Korea terbaru yang boleh korang tonton. Pada kami sendiri, ada beberapa drama pilihan yang akan kami tonton. “Fox Bride Star”, “Bad Papa”, “The Great Divorce”,  “The Beauty Inside”, “The Smile Has Left Your Eyes” dan “Room No.9”, masing-masing ada kekuatannya…

Read More

[Terbuka] Menjadi sukarelawan untuk 7th Cari Kdrama Awards & Tawaran Pengiklanan

Cari Kdrama Awards ialah anugerah tahunan yang dianjurkan oleh Kmania bertujuan untuk menghargai kehebatan karya-karya seni warga Korea terutamanya dalam bidang industri drama. Anugerah kritik secara online ini mula mendapat liputan meluas di media-media tempatan seperti tv9 dan juga akhbar Harian Metro, serta media antarabangsa seperti Kdramapal dan daehandrama. Setiap pencalonan anugerah adalah dibuat dengan…

Read More

Siapakah akan merebut Kmania Top 10 Stars untuk Sept 2018 ?

Kmania dalam perancangan untuk menerbitkan senarai TOP 10 Stars pilihan rakyat Malaysia bagi setiap bulan bermula September 2018. Senarai yang dipanggil sebagai “Kmania Top 10 Stars” ini akan diterbitkan pada minggu terakhir setiap bulan. Penentuan senarai top 10 bagi setiap kategori di bawah adalah berdasarkan sohor kini (‘trending’) di laman sosial mengikut geografi Malaysia saja…

Read More